Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Syarikat, dua  individu didenda jual racun tanpa preskripsi
Published on: Tuesday, December 23, 2025
Published on: Tue, Dec 23, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Syarikat, dua  individu didenda jual racun tanpa preskripsi
Bagi Hui seorang ahli farmasi berlesen di bawah Akta Racun 1952 beliau didapati gagal memastikan penjualan runcit racun dijalankan di bawah pengawasan peribadinya seperti dikehendaki di bawah Seksyen 16(3) akta berkenaan.
Kota Kinabalu: Dua individu serta sebuah syarikat didenda keseluruhan RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen pada Isnin kerana menjual racun tanpa preskripsi daripada pengamal perubatan berdaftar selain gagal memastikan penjualan runcit racun dilakukan di bawah pengawasan peribadi.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan denda RM3,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda terhadap setiap pesalah iaitu Hui Jun Hoe, Sherlly Crist Sapil dan syarikat Public Chemist (Sabah) Sdn Bhd.

Advertisement
Bagi Hui seorang ahli farmasi berlesen di bawah Akta Racun 1952 beliau didapati gagal memastikan penjualan runcit racun dijalankan di bawah pengawasan peribadinya seperti dikehendaki di bawah Seksyen 16(3) akta berkenaan.

Akibat kegagalan itu satu paket berlabel “Hovasc 10mg” yang mengandungi 10 biji tablet putih disyaki mengandungi Amlodipine dan tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952 telah dijual kepada seorang lelaki tanpa preskripsi daripada pengamal perubatan berdaftar pada kira-kira jam 12 tengah hari, 14 Februari 2024 di premis Public Chemist (Sabah) Sdn Bhd di Kampung Air.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Sementara itu Sherlly pula didapati menjual racun yang sama kepada individu yang sama tanpa preskripsi daripada pengamal perubatan berdaftar di tempat dan masa yang sama.

Bagi pihak syarikat Public Chemist (Sabah) Sdn Bhd didapati menjual racun berkenaan melalui Sherlly di lokasi dan waktu yang sama sekali gus melanggar Seksyen 21(1)(c) Akta Racun 1952 yang merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13(b) akta sama.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here