Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Kerjasama agensi-industri penting pacu keterjaminan makanan
Published on: Monday, December 22, 2025
Published on: Mon, Dec 22, 2025
By: Mohd Izham Bin Hashim
Text Size:
Text:
Kerjasama agensi-industri penting pacu keterjaminan makanan
JAMAWI (tengah) menunjukkan tanda bagus sambil mengenakan topi cenderamata, disaksikan Ruslan (dua kanan), Leonard (kiri), Jifrin (dua kiri) dan Zarinah (kanan).
Kota Kinabalu: Kerjasama lebih kukuh antara agensi kerajaan dan pemain industri amat penting bagi mempercepat pelaksanaan agenda sekuriti makanan Sabah, kata Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar.

Beliau berkata semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (Maffi) perlu bekerjasama sebagai satu pasukan bagi mencapai matlamat bersama, bukannya bersaing antara satu sama lain.

Advertisement
“Diharapkan semua jabatan dan agensi kementerian dapat bergerak seiring untuk saling melengkapi dalam mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Maffi 2025, di sini, Jumaat malam.

Jamawi berkata pelbagai pencapaian dan pengiktirafan yang diraih Maffi merupakan hasil komitmen, profesionalisme serta integriti tinggi warga kementerian dalam melaksanakan tugas masing-masing.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menurutnya, kejayaan itu mencerminkan keupayaan kolektif jabatan dalam memacu pembangunan sektor pertanian negeri secara berkesan dan berdaya saing.

Selain kerjasama antara agensi, Jamawi menekankan kepentingan penglibatan langsung pemain industri dan masyarakat bagi memperkukuh kedaulatan makanan Sabah.

Advertisement
Beliau turut menzahirkan harapan agar inisiatif Kebun Dapur diperkasakan sepenuhnya bermula tahun depan, selari dengan pelaksanaan beberapa program baharu yang dirangka bagi meningkatkan tahap sara diri makanan di peringkat isi rumah dan komuniti.

“Komitmen yang ditunjukkan oleh warga kementerian perlu dikekalkan bagi memastikan kecemerlangan berterusan, khususnya ketika kita memperkenalkan inisiatif-inisiatif baharu ini,” katanya.

Advertisement
Pada majlis itu, Jamawi bersama isterinya, Datin Zainatunnisa Ibrahim, turut meluangkan masa menyantuni warga kementerian serta bekas-bekas pengarah yang hadir.

Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Ruslan Muharam; Setiausaha Tetap Maffi, Datuk Leonard Stephen Poyong; Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Jifrin Mohamad; serta Timbalan Pengarah Pertanian, Zarinah Ali.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here