Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Dua ditahan, syabu dirampas di Semporna
Published on: Saturday, December 20, 2025
Published on: Sat, Dec 20, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Dua ditahan, syabu dirampas di Semporna
Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
SEMPORNA: Polis menahan dua lelaki dan merampas lebih 10g syabu dalam dua operasi berasingan di Kampung Bangau-Bangau, di sini, pada Isnin dan Selasa.

Ketua Polis Daerah Supt Tan Hiap Wah berkata operasi pertama membawa kepada penahanan seorang lelaki tidak bekerja pada jam 6.45 petang.

Advertisement
Beliau berkata satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu ditemui bersama suspek.

“Paket seberat 5.16g yang diletakkan dalam kotak rokok itu diserahkan secara sukarela oleh suspek berusia 44 tahun kepada polis,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Tambahnya, ujian air kencing yang dijalankan ke atas lelaki warga Filipina itu mendapati dia positif amphetamine dan methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement
Dalam kes kedua, seorang lelaki warga Filipina ditahan jam 9 malam Selasa di kawasan parkir jeti pelancong.

“Hasil pemeriksaan ke atas lelaki berusia 27 tahun itu menemui 5.21g bahan disyaki syabu di dalam kotak rokok.

Advertisement
“Suspek turut didapati positif amphetamine dan methamphetamine,” katanya sambil menambah, kes takan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here