Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Tuntutan 40 peratus hasil negeri. Tunggu mekanisme pembayaran: Ketua Menteri
Published on: Thursday, December 18, 2025
Published on: Thu, Dec 18, 2025
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Tuntutan 40 peratus hasil negeri. Tunggu mekanisme pembayaran: Ketua Menteri
Hajiji menegaskan bahawa sebagai rakyat Sabah, pendiriannya dalam mesyuarat MA63 yang diadakan di Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu adalah berlandaskan Perlembagaan.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengulangi bahawa Kerajaan Sabah kekal teguh dengan pendiriannya berhubung hak tuntutan 40 peratus hasil negeri seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan, sementara menunggu mekanisme pembayaran dimuktamadkan melalui rundingan dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata pendirian itu sudah dibangkitkan berulang kali dalam mesyuarat MA63 termasuk bersama Perdana Menteri.

Advertisement
“Inilah pendirian jelas Kerajaan Negeri. Seperti yang termaktub di bawah tuntutan MA63 dan Perlembagaan Persekutuan, inilah pendirian kita dan saya telah bangkitkan perkara ini banyak kali dalam mesyuarat MA63,” katanya menjawab pertanyaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Senallang) ketika sesi penggulungan Jabatan Ketua Menteri pada Sidang Dewan Undangan Negeri, Rabu.

Hajiji berkata satu lagi mesyuarat dijadualkan pada 19 Disember untuk membincangkan mekanisme pembayaran bagi tuntutan berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Jadi kita tunggu mekanisme pembayaran ini. Saya percaya perkara ini sedang dirundingkan dan perlu diselesaikan dalam kerangka yang betul.”

Hajiji menegaskan bahawa sebagai rakyat Sabah, pendiriannya dalam mesyuarat MA63 yang diadakan di Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu adalah berlandaskan Perlembagaan.

Advertisement
Beliau berkata sebarang rundingan mesti berpaksikan keputusan mahkamah.

“Keputusan mahkamah mestilah menjadi asas. Kita tidak boleh menyimpang daripada keputusan itu dan rundingan mesti dilakukan selari dengannya,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata Kerajaan Negeri memahami keperluan untuk mempercepatkan penyelesaian isu itu agar Sabah tidak terus kehilangan peruntukan yang sepatutnya diterima.

“Sudah tentu kita mahu perkara ini diselesaikan segera tetapi kita juga perlu bersabar dan menunggu proses yang sedang berjalan,” katanya.

Menyentuh tentang isu memperkasakan Dewan Undangan Negeri dan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas yang dibangkitkan Isnaraissah Munirah Majilis (Usukan), Hajiji berkata beliau akan membawa perkara itu untuk dipertimbangkan oleh Speaker Dewan.

Beliau turut menyatakan keterbukaan terhadap sebarang cadangan yang boleh memberi manfaat kepada negeri, termasuk yang berkaitan dengan pengukuhan Dewan Undangan Negeri Sabah.

“Saya terbuka kepada apa jua cadangan yang membawa manfaat kepada negeri. Saya akan bincangkan perkara ini dengan Datuk Speaker,” katanya.

Hajiji menegaskan pendekatan Kerajaan Negeri adalah untuk mendengar dan mempertimbangkan semua cadangan konstruktif demi kepentingan Sabah.

Terdahulu, Hajiji berkata Kerajaan Sabah tidak bertolak ansur dan mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap sebarang bentuk rasuah, pelanggaran integriti dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran negeri.

Beliau berkata isu integriti mesti diberi perhatian serius seperti yang dibangkitkan oleh Sarifuddin Hata (Merotai).

Komitmen Kerajaan Negeri memastikan semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ditadbir dengan integriti, ketelusan dan akauntabiliti diterjemahkan melalui beberapa langkah utama.

Katanya, langkah pertama melibatkan arahan oleh Ketua Menteri yang mewajibkan semua Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar Kumpulan dan Pengurus Besar Badan Berkanun Negeri serta GLC menyerahkan laporan prestasi bertulis setiap tiga bulan secara langsung kepada Ketua Menteri bermula tahun depan.

“Ini penting untuk memantau prestasi setiap agensi terlibat termasuk kemajuan projek, kedudukan kewangan, keberkesanan perkhidmatan serta pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing,” katanya.

Langkah kedua melibatkan penempatan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Penasihat Integriti kepada Ketua Menteri di Jabatan Ketua Menteri.

Ini bagi memastikan usaha tadbir urus dan antirasuah dilaksanakan secara menyeluruh termasuk memperkukuh pematuhan GLC terhadap pengurusan Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (GIA) di semua GLC.

Langkah ketiga ialah arahan agar setiap GLC menubuhkan Unit Integriti dan Tadbir Urus Sabah (IGU) yang berfungsi sebagai entiti bebas untuk melaksanakan empat fungsi teras iaitu Pengurusan Aduan, Pematuhan, Tadbir Urus dan Integriti.

Katanya, pelaksanaan inisiatif ini dipantau oleh Bahagian Integriti dan Tadbir Urus Sabah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri melalui mesyuarat pemantauan dua kali setahun termasuk pelaporan aktiviti fungsi teras kepada SPRM.

Langkah keempat adalah pelaksanaan program pengukuhan integriti khusus bagi pemimpin GLC sepanjang tahun 2026 untuk memastikan pentadbiran yang berintegriti, telus dan bertanggungjawab dilaksanakan di semua GLC Sabah.

Hajiji turut menjawab isu berkaitan dakwaan salah laku serta perkara berhubung pengurusan dan pelantikan dalam sebuah GLC Negeri.

“Semua dakwaan yang dirujuk masih pada peringkat siasatan,” katanya.

Beliau berkata sebarang pertimbangan atau keputusan adalah tertakluk sepenuhnya kepada pematuhan tadbir urus, integriti dan undang-undang.

“Kerajaan Negeri tidak akan mempertimbangkan sebarang keputusan yang boleh menjejaskan keyakinan awam atau integriti institusi Kerajaan Negeri dan GLC,” katanya.

Sebarang kenyataan atau andaian yang dibuat sebelum hasil siasatan rasmi dan tidak berasaskan fakta yang disahkan boleh menjejaskan hak kepada proses yang adil selari dengan prinsip keadilan dan undang-undang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here