Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Video lumba haram tular bimbangkan penduduk Keningau
Published on: Saturday, December 13, 2025
Published on: Sat, Dec 13, 2025
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Video lumba haram tular bimbangkan penduduk Keningau
REMAJA menghalang jalan semasa insiden perlumbaan haram.
KENINGAU: Sebuah video berdurasi 30 saat tular yang memaparkan dua remaja terlibat dalam aktiviti lumba motosikal haram di sepanjang Jalan Lurus dekat Bataras Keningau baru-baru ini menimbulkan kebimbangan penduduk.

Rakaman itu menunjukkan beberapa belia menghalang laluan trafik bagi memberi ruang kepada perlumbaan berbahaya yang dilakukan pada waktu siang sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Advertisement
Insiden itu menerima kecaman daripada komuniti setempat yang menyifatkan tindakan terbabit sebagai tidak bertanggungjawab dan merugikan diri sendiri.

Seorang pengguna jalan raya yang ditemui berkata, beliau amat kecewa dengan tindakan remaja berkenaan, sambil mengatakan, perbuatan itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah boleh menyebabkan kemalangan serius. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Tambahnya, sekiranya berlaku kemalangan, tiada perlindungan insurans yang boleh dituntut dan tiada apa yang baik boleh diperoleh daripada aktiviti lumba haram.

Susulan video tular itu, Polis Daerah Keningau segera menjalankan siasatan untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam perlumbaan serta perbuatan menghalang jalan tersebut. 

Advertisement
Polis mengingatkan orang ramai bahawa perlumbaan haram adalah satu kesalahan serius yang boleh dikenakan tindakan termasuk penyitaan motosikal, kompaun dan tindakan mahkamah.

Insiden itu turut mencetuskan gesaan daripada penduduk tempatan yang percaya sudah tiba masanya Keningau memiliki litar motosikal rasmi sendiri. Mereka berkata, sebuah trek rekreasi atau bertaraf sukan boleh menyediakan ruang lebih selamat bagi belia yang berminat dalam sukan permotoran tanpa membahayakan pengguna jalan raya lain.

Advertisement
Cadangan pembinaan trek terbabit juga dilihat sebagai langkah pencegahan jangka panjang untuk membendung trend lumba haram yang semakin membimbangkan.

Penduduk berharap pihak berkuasa akan mempertimbangkan keperluan kemudahan itu demi memastikan keselamatan awam dan mencegah insiden serupa daripada berulang di Keningau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here