Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Suami isteri ditahan, syabu dirampas di Likas
Published on: Friday, December 12, 2025
Published on: Fri, Dec 12, 2025
By: Jimmy Goh
Text Size:
Text:
Suami isteri ditahan, syabu dirampas di Likas
SYABU yang dirampas.
Kota Kinabalu: Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah susulan serbuan terhadap sebuah kenderaan di tempat letak kereta awam Plaza Likas pada jam 9.40 malam, Rabu.

Operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu menemui enam paket plastik lutsinar mengandungi 302.08 gram bahan disyaki syabu yang dianggarkan bernilai RM21,000.

Advertisement
Dadah tersebut disembunyikan dalam satu bungkusan berwarna biru di dalam kenderaan itu.

Ketua JSJN Sabah, ACP Alhusin Halil, berkata polis cuba menahan Perodua Aruz putih itu selepas menerima maklumat risikan mengenai aktiviti pengedaran dadah, namun pemandunya bertindak agresif dengan mengundurkan kenderaan untuk meloloskan diri.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Tindakan itu memaksa pasukan serbuan memecahkan cermin tingkap bahagian pemandu sebelum suspek ditahan,” katanya, Khamis.

Hasil soal siasat, suspek mengakui memiliki dadah dan menyerahkan bungkusan biru yang diletakkan berhampiran ruang kaki tempat duduk belakang.

Advertisement
Pemeriksaan ke atas bungkusan tersebut mendapati enam paket plastik berisi bahan hablur disyaki syabu seberat 302.08 gram.

Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan tidak menemui barang terlarang lain, namun polis merampas dua telefon bimbit bagi membantu siasatan.

Advertisement
Suspek lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing mempunyai satu rekod berkaitan dadah, manakala isterinya berusia 27 tahun tidak mempunyai rekod jenayah. Kedua-duanya didapati negatif dalam ujian saringan awal air kencing.

Alhusin berkata operasi membanteras pengedaran dadah akan diteruskan dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu usaha polis memerangi aktiviti narkotik di Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here