Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Juruelektrik didapati bersalah edar 6.6kg syabu
Published on: Friday, March 27, 2026
Published on: Fri, Mar 27, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Juruelektrik didapati bersalah edar 6.6kg syabu
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 15 kali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang juruelektrik berusia 45 tahun didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis atas pertuduhan mengedar 6,696.4 gram syabu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alexander Siew How Wai dalam keputusannya berkata pembelaan Julpekal Mohammad tidak boleh dipercayai dan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Advertisement
Beliau juga memutuskan bahawa tertuduh gagal menangkis anggapan pengedaran dadah berdasarkan imbangan kebarangkalian selain pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah selepas menilai keseluruhan keterangan.

“Dengan ini mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas pertuduhan yang dikenakan dan mensabitkannya,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 9 April untuk hukuman bagi memberi ruang kepada kedua-dua pihak mengemukakan hujahan.

Julpekal didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10 malam, 8 Mei 2022 di tempat letak kereta hadapan pasar raya GMart di Taman Sri Rugading, Tuaran.

Advertisement
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 15 kali jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan enam saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lovely Natasha Charles manakala tertuduh diwakili peguam Dominic Chew.

Sementara itu seorang wanita berusia 22 tahun dan seorang lelaki berusia 30 tahun yang didakwa bersama atas pertuduhan mengedar 261.5 gram syabu akan dibicarakan pada 3 hingga 7 Ogos tahun ini.

Hakim Siew menetapkan tarikh tersebut bagi Azirah Wilson dan Mohd Erffan Mansoor, kedua-duanya bekerja sendiri yang didakwa melakukan kesalahan pada 31 Oktober 2024, jam 3.30 petang di kawasan tangga Blok A, bangunan Manila Cafe, Jalan Bundusan, Penampang.

Pendakwaan turut dikendalikan oleh Lovely manakala Azirah diwakili peguam Lim Chun Yuan dan Erffan diwakili Edward Paul.

Mahkamah turut memerintahkan Julpekal, Azirah dan Erffan terus direman kerana pertuduhan tersebut tidak memperuntukkan jaminan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here