Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Henti hantaran berbaur kebencian di media sosial, titah Sultan Selangor
Published on: Thursday, December 11, 2025
Published on: Thu, Dec 11, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Henti hantaran berbaur kebencian di media sosial, titah Sultan Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru rakyat fokus persamaan antara kaum, menitikberatkan kepentingan bersama, nilai serta prinsip dalam hidup dan agama. (Gambar Bernama)
Kuala Lumpur: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan hantaran serta komen berunsur kebencian di media sosial, selain terganggu dengan pelbagai isu berkaitan kaum, agama dan penyebaran berita palsu.

Justeru, baginda menasihatkan warganet “berfikir sedalam-dalamnya sebelum memuat naik hantaran atau menyatakan sesuatu”.

Advertisement
“Setiap hantaran anda mempunyai implikasi tersendiri, khususnya yang menyentuh isu kaum dan agama. Ia boleh mendatangkan kemudaratan serta mencetuskan kebencian tidak wajar,” titah Sultan Sharafuddin.

Baginda turut mempersoalkan faedah naratif dan komen berasaskan kaum yang akan membawa kepada polarisasi serta rasa tidak percaya dalam kalangan rakyat.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Apa faedahnya menggelar rakyat Malaysia lain sebagai Type C (Cina) atau Type M (Melayu) atau kafir atau bukan kafir, orang kita atau jenis dia? Tolong hentikan perbuatan sebegini,” titah baginda dalam temu bual eksklusif bersama Pengerusi Bernama, Wong Chun Wai yang juga tokoh wartawan negara.

“Amanat beta kepada rakyat Selangor, tolong ambil berat tentang negara Malaysia dan negeri Selangor. Bekerjasamalah tanpa mengira kaum atau agama.

Advertisement
“Fokuslah pada persamaan antara kaum. Jangan terlalu fokus perbezaan. Ada perkara yang kita tidak mampu ubah sebagai manusia biasa. Jadi, lebih baik kita menitikberatkan kepentingan bersama, nilai serta prinsip dalam hidup dan agama.”

Baginda turut menzahirkan kebimbangan “keadaan mungkin lebih buruk menjelang PRU akan datang” yang dijangka diadakan seawal tahun depan atau tahun berikutnya.

Advertisement
“Dengan AI (kecerdasan buatan), beta hanya dapat merasakan akan wujud lebih banyak kandungan memudaratkan untuk mencetuskan sentimen politik negatif.

“AI adalah teknologi baik, namun kita masih memerlukan undang-undang bagi mengelakkan ia disalah guna, contohnya ‘deepfake’ yang sering digunakan penipu.

“Kita juga perlu menghentikan bentuk kandungan lain yang memudaratkan dengan menguatkuasakan undang-undang lebih ketat.”

Sultan Sharafuddin bertitah, kenyataan berbaur kebencian serta kandungan berniat jahat berkaitan kaum dan agama bukan hanya menjejaskan keharmonian sosial, tetapi boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Banyak komen dan hantaran bersifat provokatif, tidak menghormati pihak lain serta memudaratkan.

“Dalam konteks Malaysia, di mana sensitiviti terhadap etnik, kepercayaan dan identiti nasional adalah tinggi, kita perlu memahami tingkah laku dalam talian sedemikian tidak boleh diterima.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here