Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Isu gaji wartawan Sabah dibawa ke Majlis Media Malaysia
Published on: Saturday, February 07, 2026
Published on: Sat, Feb 07, 2026
Text Size:
Text:
Isu gaji wartawan Sabah dibawa ke Majlis Media Malaysia
FAUZI (lima dari kiri, duduk) bergambar bersama pengamal media di Sabah.
Kota Kinabalu: Isu kebajikan wartawan Sabah khususnya berkaitan gaji akan dibawa ke Majlis Media Malaysia (MMM) sebelum diangkat ke peringkat Menteri bagi mencari penyelesaian menyeluruh.

Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) Mohamad Fauzi Ishak berkata perkara itu dibincangkan secara khusus susulan isu gaji rendah yang dibangkitkan oleh Persatuan Wartawan Sabah (SJA) sempena Siri Jelajah Kelima GKMM di Sabah.

Advertisement
“Kita telah berbincang mengenai isu gaji rendah yang dibangkitkan SJA dengan memberi tumpuan khusus terhadap kebajikan pengamal media.

“Isu ini akan dibawa ke MMM sebelum diangkat ke peringkat Menteri untuk diperhalusi secara terperinci agar penyelesaian dapat dicapai secepat mungkin,” katanya selepas menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Pengamal Media sekitar Kota Kinabalu, pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jelajah GKMM diadakan bagi bertukar pandangan dalam kalangan pengamal media di setiap negeri, selain mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan dengan MMM.

Fauzi juga memaklumkan empat wakil daripada 35 organisasi media di seluruh negara telah dilantik memegang jawatan utama dalam MMM, badan yang mempromosikan standard tertinggi kewartawanan beretika dan bertanggungjawab.

Advertisement
Hadir sama, Presiden Persatusan Wartawan Sabah (SJA) Mariah Doksil; Ahli Majlis Pentadbir MPI merangkap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Sabah Dr Diana Dominic serta Setiausaha SJA Siti Aisyah Narudin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here