Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
JAS lancar operasi pematuhan pencemaran kenderaan
Published on: Tuesday, December 09, 2025
Published on: Tue, Dec 09, 2025
By: Samantha Sulit
Text Size:
Text:
JAS lancar operasi pematuhan pencemaran kenderaan
NOR Rashidah (tiga dari kiri) bersama penguatkuasa PDRM, JPJ dan AADK pada sidang media di Teluk Likas, Isnin.
Kota Kinabalu: Jabatan Alam Sekitar (JAS) melancarkan Operasi Kenderaan Bermotor Nasional bersempena Sambutan Hari Ozon peringkat negeri yang bermula 5 Dis lalu bagi memastikan pematuhan undang-undang berkaitan pelepasan asap, bunyi bising dan penggunaan bahan pemusnah ozon.

Operasi berkenaan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAS Malaysia, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, pada 4 Dis di Kuching, Sarawak.

Advertisement
Pengarah JAS Sabah, Nor Rashidah Mohd Ghazali, berkata operasi itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Kami akan bekerjasama bagi melaksanakan penguatkuasaan ini di Sabah,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau berkata operasi tersebut bertujuan memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, khususnya berkaitan pelepasan asap kenderaan, pencemaran bunyi dan penggunaan bahan pemusnah ozon dalam sistem penyaman udara.

Menurutnya, dalam tempoh tiga hari sejak operasi dilancarkan, seramai 56 penunggang motosikal diperiksa bagi kesalahan bunyi ekzos, dengan enam daripadanya gagal memenuhi paras bunyi yang dibenarkan. Pada Isnin sahaja, sebanyak 40 kenderaan diesel milik pelbagai syarikat pengangkutan diperiksa, dan empat daripadanya didapati tidak mematuhi piawaian pelepasan asap.

Advertisement
Nor Rashidah berkata sepanjang tahun ini, JAS juga melaksanakan beberapa operasi lain, termasuk Operasi Diesel Statik yang melibatkan pemeriksaan ke atas 988 kenderaan diesel.

“Sebanyak 24 kertas siasatan dibuka untuk tindakan kompaun, manakala 40 notis arahan di bawah Seksyen 48A telah dikeluarkan,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata notis tersebut dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang gagal mematuhi had pelepasan yang ditetapkan. Pemilik dikehendaki menjalani pemeriksaan semula dalam tempoh ditetapkan selepas melakukan pembaikan, selain menjalani pemeriksaan Puspakom bagi mengesahkan pematuhan.

Operasi bunyi motosikal turut dilaksanakan sepanjang tahun ini dengan pemeriksaan ke atas 80 motosikal, menghasilkan 10 kertas siasatan berkaitan pengubahsuaian ekzos tidak dibenarkan. Selain itu, JAS turut melakukan pemantauan pengendali armada melibatkan 22 syarikat bagi memastikan penyelenggaraan berkala kenderaan diesel dipatuhi.

Dalam aspek pengawalan pelepasan asap, JAS melaksanakan 229 operasi pengawasan jarak jauh menggunakan kamera tepi jalan, dengan 33 notis arahan dikeluarkan terhadap kenderaan yang didapati mengeluarkan asap hitam.

JAS juga memeriksa 14 premis perkhidmatan penyaman udara bagi memastikan juruteknik memiliki lesen bertauliah untuk mengendalikan refrigeran serta bengkel dilengkapi sistem pemulihan dan kitar semula gas.

Nor Rashidah menasihatkan pemilik kenderaan agar menjalankan penyelenggaraan berkala, menggunakan bahan api dan pelincir berkualiti, serta mengelakkan engubahsuaian tidak dibenarkan yang boleh meningkatkan bunyi dan pelepasan asap.

Orang ramai digalakkan melaporkan kenderaan yang mengeluarkan asap berlebihan dengan mengemukakan nombor pendaftaran kepada JAS atau melalui saluran aduan rasmi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here