MULAI Januari, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri akan memulakan pemantauan bulanan projek bersama Kerajaan Negeri bagi memastikan penyiapan mengikut jadual serta menangani sebarang kelewatan.
“Saya akan beri perhatian dan pastikan tiada kelewatan dalam kelulusan projek. Malah, bagi projek tahun depan, sebelum ini peruntukan biasanya diberikan pada April.
Tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini, saya telah meluluskan dana projek negeri pada Januari.
“Ini bermakna perancangan boleh dibuat lebih awal dan pelaksanaan bermula Januari,” katanya.
Beliau menegaskan, jika halangan berpunca daripada peringkat Persekutuan, tindakan segera akan diambil bagi mengelakkan kelewatan.
Anwar turut menyentuh keperluan mendesak termasuk pembaikan beberapa sekolah yang telah diperuntukkan kira-kira RM3 juta untuk kerja-kerja penambahbaikan segera.