Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Komitmen hak 40 peratus kekal: Perdana Menteri
Published on: Sunday, December 07, 2025
Published on: Sun, Dec 07, 2025
By: Sherell Jeffrey, Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Komitmen hak 40 peratus kekal: Perdana Menteri
“Apa yang telah diputuskan ialah Kerajaan Persekutuan, seperti yang saya nyatakan dalam Jemaah Menteri dan Parlimen, kekal komited untuk menyerahkan 40 peratus hasil bersih kepada Sabah," kata Anwar.
Kota Kinabalu: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pengagihan hasil 40 peratus kepada Sabah, dengan perbincangan teknikal mengenai parameter pelaksanaan dijangka bermula sebelum pertengahan Januari.

Katanya, komitmen itu kekal tanpa mengira keputusan pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini, yang menyaksikan gabungan Pakatan Harapan hanya memenangi satu kerusi.

Advertisement
“Persediaan teknikal telah dimulakan bersama pegawai Kerajaan Negeri. Mungkin bulan ini agak ketat kerana terdapat empat kekosongan jawatan menteri sekarang.

“Saya memerlukan satu atau dua minggu untuk berfikir dan berbincang, termasuk dengan Datuk Seri Hajiji Noor bagi mendengar pandangan mereka sebelum saya membuat keputusan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sentuhan Madani Bersama Rakyat Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Anwar berkata Kerajaan Persekutuan kekal komited menunaikan janji tersebut walaupun berdepan kritikan pihak skeptis.

“Apa yang telah diputuskan ialah Kerajaan Persekutuan, seperti yang saya nyatakan dalam Jemaah Menteri dan Parlimen, kekal komited untuk menyerahkan 40 peratus hasil bersih kepada Sabah.

Advertisement
“Bagi saya, ini perkara besar. Biasanya selepas pilihan raya, ada ahli politik yang lepas tangan terhadap janji. Tetapi saya tidak mahu wujud tanggapan bahawa itu budaya politik, iaitu janji tidak dilaksanakan,” katanya.

Beliau mengakui keperluan menyeimbangkan kekuatan ekonomi dan kewangan Sabah serta Persekutuan, sambil berikrar mencari kaedah pelaksanaan terbaik.

Advertisement
Menyentuh Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Anwar memberi jaminan pelaksanaannya akan diteruskan secara dipercepatkan.

“Sembilan perkara telah diputuskan. Masih ada beberapa lagi yang sedang kita usahakan dan akan dibawa kepada Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah untuk pertimbangan Jemaah Menteri serta Parlimen, jika perlu, termasuk pindaan Perlembagaan,” katanya.

Beliau mengambil contoh penurunan kuasa tenaga elektrik kepada negeri, yang menurutnya memerlukan pindaan Parlimen untuk dilaksanakan. 

Tambahnya, penyertaan wakil negeri dalam agensi Persekutuan juga melibatkan perubahan perundangan yang kerajaan bersedia laksanakan.

Berhubung pembangunan infrastruktur, Anwar memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan mempercepatkan urusan berkaitan bekalan air, elektrik dan jalan raya di Sabah, sambil mengakui kebimbangan rakyat negeri itu terhadap pelaksanaan projek walaupun peruntukan telah diluluskan.

“Kita telah meluluskan peruntukan besar untuk air, elektrik, jalan raya dan pembangunan. Tetapi rakyat Sabah masih tidak menikmati kemudahan ini, bekalan air masih terhad dan jalan raya masih dalam keadaan kurang memuaskan. Kami mendengar keluhan ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here