Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Sam sifatkan arwah Bung Moktar tegas namun penyayang
Published on: Saturday, December 06, 2025
Published on: Sat, Dec 06, 2025
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
Sam sifatkan arwah Bung Moktar tegas namun penyayang
ZIZIE Ezette tidak dapat menahan air mata sejurus tiba di Idang Residen, Luyang.
WALAUPUN ramai beranggapan Bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar perwatakan tegas dan lantang namun berbeza dengan pelakon, Shaheizy Sam menyifatkan arwah abang iparnya itu sebagai lembut ketika berbicara. 

Mesra disapa Sam, pelakon filem Polis Evo itu berkata allahyarham sangat penyayang dan mementingkan keluarga. 

Advertisement
”Mungkin rakyat atau orang biasa lihat arwah mempunyai personaliti berbeza apabila bersama keluarga.  

”Orang mungkin nampak arwah ini seorang yang tegas dan lantang bersuara di keluarga tetapi hakikatnya beliau lembut dalam berbicara,” katanya ketika ditemui di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mengulas lanjut, Sam memberitahui Allahyarham Bung Moktar sering menasihatkannya berkaitan ibu. 

”Salah satu nasihat arwag yang Sam pegang daripada dahulu sehingga sekarang adalah utamakan ibu. 

SAM ketika ditemui di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Advertisement
”Apa sahaja hal sekalipun arwah nasihatkan Sama ibu insan nombor satu jika hendak berjaya,” katanya. 

‎Sementara usaha menemubual kakak Sam yang juga isteri allahyarham Datin Seri Zizie Ezette gagal berikutan masih berasa terlalu sedih. 

Advertisement
‎Bagaimanapun Zizie kelihatan hiba sambil menangis teresak-esak setibanya di kediaman Idang Residen, Luyang pada pagi.

Tiba sekitar jam 9.30 pagi ditemani anak-anak bagi menatap jenazah suaminya buat kali terakhir.

‎Zizie Ezette bersama empat anak difahamkan baru tiba dari Kuala Lumpur. 

‎Sejurus tiba Zizie Ezette terus bergegas ‎memasuki ruang tamu tempat jenazah ditempatkan.

‎Beliau turut dilihat memeluk madunya, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin sebaik melangkah masuk dalam suasana penuh hiba.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here