Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Bung Moktar sentiasa prihatin kebajikan jurulatih, pemain Sabah FC: Kim Swee
Published on: Saturday, December 06, 2025
Published on: Sat, Dec 06, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Bung Moktar sentiasa prihatin kebajikan jurulatih, pemain Sabah FC:  Kim Swee
Kota Kinabalu: Bekas jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee (gambar) menyifatkan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai seorang pemimpin yang sentiasa memastikan kebajikan serta kesejahteraan pemain dan barisan jurulatih pasukan bola itu pada tahap terbaik.

Beliau berkata kepimpinan Bung Moktar ketika menggalas peranan sebagai Presiden Bola Sepak Sabah (SAFA) turut terserlah melalui kepercayaan penuh diberikan kepada beliau untuk memimpin kejurulatihan pasukan itu tanpa sebarang campur tangan.

Advertisement
Menurut Kim Swee, Bung Moktar merupakan individu penting yang membuka peluang sekali gus memberi keyakinan kepadanya untuk mengemudi pasukan Sabah FC, selain melihat bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu sebagai seorang pejuang dan pemimpin berwibawa.

“Datuk Bung membawa saya ke Sabah untuk berkhidmat di bawah beliau, dan bagi saya, beliau seorang pejuang dan pemimpin. Dari situ, saya mendapat satu talian cukup baik bersama Datuk Bung.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Beliau memberi kepercayaan 100 peratus kepada saya dan tidak masuk campur. Datuk Bung Moktar juga selalu memastikan kebajikan pemain dan para jurulatih terpelihara, selain sentiasa memikirkan perkara yang terbaik untuk setiap individu dalam pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Bung Moktar di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Advertisement
Kim Swee, yang mengemudi Sabah FC antara 2021 hingga 2024 berkata pemergian Bung Moktar merupakan kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Sabah tetapi juga arena bola sepak negeri itu.

Bung Moktar, 66, yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi tadi.

Advertisement
Allahyarham mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 baru-baru ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here