Kota Kinabalu: Pasukan futsal Tiger Academy yang berpangkalan di Tuaran akan mewakili negara dalam Kejohanan Piala Futsal Antarabangsa 2025 di Brunei bermula hari ini.
Mereka adalah salah satu daripada lima pasukan yang menerima jemputan untuk menyertai pertandingan dua hari itu. Pasukan lain datang dari Brunei, Indonesia dan Sarawak.
Ketua jurulatih Azman Soaibah berkata ia merupakan peluang besar untuk menilai keupayaan pasukan di pentas antarabangsa selain mendedahkan pemain muda kepada pengalaman berharga dan beliau berharap mereka dapat memberikan yang terbaik sepanjang kejohanan.
Katanya lagi pihak pengurusan amat menghargai jemputan berkenaan serta sokongan daripada semua pihak yang terlibat termasuk ibu bapa pemain.