Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Pembantu pejabat terlibat kes curi RM24 juta dipenjara
Published on: Friday, December 05, 2025
Published on: Fri, Dec 05, 2025
By: Jozie John
Text Size:
Text:
Pembantu pejabat terlibat kes curi RM24 juta dipenjara
Pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan memperuntukan hukuman maksimum penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pembantu pejabat dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membantu sindiket jenayah terancang mencuri RM24.2 juta daripada beberapa akaun bank.

Pesuruhjaya Kehakiman Ratanah Devi Yusof Perumal menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mazlani Jenuary, 54, yang hadir di hadapan mahkamah pada Rabu.

Advertisement
Mazlani didapati membantu kumpulan jenayah terancang menjalankan aktiviti mereka antara 26 April hingga 4 Julai 2024 di cawangan Bank MBSB.

Pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan memperuntukan hukuman maksimum penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Dalam rayuan mitigasi peguam Dominic Chew dan Ariel Dasan memohon hukuman diringankan dengan alasan tertuduh merupakan seorang pesara.

Bagi menampung pendapatan serta menjaga anaknya yang mengalami masalah fizikal dan mental tertuduh bekerja sebagai pembantu pejabat di Sandakan dengan pendapatan antara RM2,100 hingga RM2,300 sebulan.

Advertisement
Chew berkata peranan tertuduh dalam kes ini adalah sangat kecil dan segala tindakanya adalah di bawah arahan pihak sindiket jenayah terbabit.

“Penyesalan tertuduh dalam kes ini adalah kerana terlalu naif hingga diperdaya oleh rakan sendiri seterusnya dipergunakan oleh kumpulan jenayah untuk melaksanakan aktiviti sulit mereka,” katanya.

Advertisement
Pihak pendakwaan pula memohon hukuman berbentuk pencegahan mengambil kira kepentingan awam serta keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Mazlani merupakan antara 10 individu yang didakwa di bawah pertuduhan asal Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang pada 7 November 2024.

Secara keseluruhan lapan tertuduh dipenjara selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan manakala seorang wanita dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan asal.

Seorang lagi tertuduh Irene Chin Nyuk Thien akan meneruskan perbicaraan pada 10 Februari 2026 juga berdasarkan pertuduhan asal.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Yazid Mustaqim Roslan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here