Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Warisan nafi hasrat pancing sokongan Cina Semenanjung
Published on: Thursday, December 04, 2025
Published on: Thu, Dec 04, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Warisan nafi hasrat pancing sokongan Cina Semenanjung
Adun Sri Tanjong itu menegaskan Warisan kini hanya memberi tumpuan kepada tugasan masing-masing dan berkhidmat kepada rakyat.
TAWAU: Timbalan Ketua Penerangan Warisan, Justin Wong menafikan khabar angin kononnya parti itu akan “menyeberang ke Semenanjung” kerana menerima sokongan tinggi daripada masyarakat Cina.

Adun Sri Tanjong itu menegaskan Warisan kini hanya memberi tumpuan kepada tugasan masing-masing dan berkhidmat kepada rakyat.

Advertisement
“Warisan merupakan satu-satunya parti tunggal dalam negeri ini yang mempunyai jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) paling ramai.

“kami mempunyai 25 Adun, termasuk sembilan berketurunan Cina. Kami akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang secara aktif di Sabah bagi memastikan kerajaan negeri berada di bawah kawal selia, supaya tidak berlaku salah guna kuasa dan rasuah sehingga akhirnya rakyat yang mendapat manfaat,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mengenai pembentukan Kabinet Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Justin berkata, pelantikan jawatan daripada Barisan Nasional (BN) serta kerjasama GRS dengan Pakatan Harapan (PH) menjadikan GRS bukan lagi sebuah gabungan parti tempatan.

“Kita dapat lihat bahawa sama ada di kawasan bandar, luar bandar, atau separa bandar, rakyat sudahpun menunjukkan sokongan yang sangat kuat kepada parti tempatan.

Advertisement
“Namun, seperti penggal lalu, walaupun GRS menggunakan slogan ‘parti tempatan’, selepas mendapat mandat rakyat mereka segera bergabung dengan PH dan BN.

“Ini jelas menunjukkan GRS cakap tidak serupa bikin,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata, sebelum pilihan raya, Datuk Seri Hajiji Noor pernah menyatakan hasrat untuk melantik seorang wakil rakyat berketurunan Cina sebagai Timbalan Ketua Menteri, malah mengatakan sudah ada calon dikenal pasti.

“Namun selepas pilihan raya, janji itu sekali lagi tidak ditepati. Sikap sebegini menyebabkan rakyat semakin mempertikaikan kredibiliti dan integriti seorang pemimpin,” katanya.

“Selepas pilihan raya berakhir, rakyat  menunjukkan keyakinan mereka terhadap parti tempatan dan meletakkan harapan kepada parti tempatan. Saya percaya keadaan ini menunjukkan rakyat semakin sedar dan ingin mencontohi Sarawak,” katanya.

Beliau berharap pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, pengundi Sabah dapat menunjukkan ketegasan sama supaya kedua-dua negeri Borneo dapat menikmati pembangunan yang setara dan adil seperti di Semenanjung Malaysia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here