Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
StarSabah tolak kerjasama GRS, kekal pembangkang
Published on: Wednesday, December 03, 2025
Published on: Wed, Dec 03, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
StarSabah tolak kerjasama GRS, kekal pembangkang
Kota Kinabalu: Presiden Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (gambar) menegaskan parti itu tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sebaliknya memilih kekal sebagai pembangkang. 

Jeffrey yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, berkata pendirian Star itu konsisten dan tidak berubah dengan pendirian parti, iaitu Sabah mesti ditadbir parti tempatan Sabah.

Advertisement
“Kami akan menyokong dasar-dasar melindungi Sabah dan kami akan menentang sebarang langkah yang menjejaskan Perjanjian Malaysia 1963, Perlembagaan atau perjuangan panjang untuk Sabah demi rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan, Selasa.

PRN Sabah ke-17 menyaksikan GRS memperoleh 29 daripada 73 kerusi DUN dipertandingkan, Parti Warisan (25), Barisan Nasional (enam), Bebas (lima), Upko (tiga), STAR (dua) manakala Perikatan Nasional, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan Pakatan Harapan masing-masing satu kerusi.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Pada awal pagi Ahad lepas, Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri ke-17, manakala sembilan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri mengangkat sumpah sebagai anggota Kabinet negeri di hadapan Tun Musa di Istana Seri Kinabalu.

Komposisi anggota Kabinet Sabah yang mengangkat sumpah semalam, terdiri lapan daripada GRS, iaitu Hajiji, Joachim, Masidi, Mohd Arifin, James, Nizam, Rubin dan Julita, sementara itu, Ewon mewakili Upko, Jafry daripada BN dan Jamawi daripada PH.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here