Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Empangan di Kinabatangan jika Warisan bentuk kerajaan
Published on: Thursday, November 27, 2025
Published on: Thu, Nov 27, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Empangan di Kinabatangan jika Warisan bentuk kerajaan
Shafie berkata beliau yakin projek itu boleh direalisasikan, sambil menegaskan bahawa aspek hidupan liar dan ekosistem di daerah berkenaan turut akan diberi perhatian.
SANDAKAN: Sebuah empangan akan dibina di Kinabatangan sekiranya Parti Warisan kembali membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata beliau yakin projek itu boleh direalisasikan, sambil menegaskan bahawa aspek hidupan liar dan ekosistem di daerah berkenaan turut akan diberi perhatian.

Advertisement
“Jika Empangan Bakun di Sarawak mampu dibina dan kini memberi manfaat kepada rakyat, kenapa tidak kita membina empangan di sini,” katanya.

Beliau menambah, pelaksanaan empangan itu kelak dijangka membantu menyelesaikan masalah bekalan air serta beberapa isu berkaitan di kawasan berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Shafie berkata demikian pada sidang media seusai menghadiri Ceramah Mega Warisan di Bandar Kim Fung, Batu 4, di sini, pada Isnin.

Turut hadir, calon-calon Warisan bagi kerusi di kawasan zon lima merangkumi Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Libaran dan Batu Sapi.

Advertisement
Lebih 4,000 orang hadir pada ceramah berkenaan, yang turut menyaksikan kemasukan lebih 1,200 ahli baharu daripada beberapa parti lain.

Shafie berkata, siri ceramah mega yang diadakan di seluruh Sabah itu bertujuan menjelaskan hala tuju, misi dan visi parti, termasuk keutamaan terhadap bekalan air, elektrik dan pembinaan jalan raya. Warisan turut berhasrat menubuhkan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan Sabah.

Advertisement
Selain itu, katanya, parti berkenaan komited membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda tanpa perlu berhijrah jauh dari kampung halaman.

Dalam aspek pengangkutan, beliau berkata Sabah memerlukan sistem lebih berkesan, termasuk usaha mewujudkan laluan kereta api moden dari Kudat ke lokasi yang telah dikenal pasti, yang diharapkan dapat direalisasikan demi kemudahan rakyat.

“Industri hiliran juga menjadi antara tumpuan untuk menjana ekonomi setempat,” katanya.

Terdahulu, Shafie mengingatkan bahawa pilihan raya kali ini sangat penting untuk masa depan Sabah, dan rakyat perlu memilih yang terbaik demi generasi akan datang.

“Kita mengetengahkan calon bijak, profesional, muka baharu dalam kalangan anak muda serta yang berpengalaman untuk membawa suara rakyat,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen Warisan membanteras rasuah serta menyiasat mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam salah laku itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here