Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Kemasukan ahli baharu Gagasan Rakyat cerminkan keyakinan terhadap dasar Hajiji: Arsad
Published on: Sunday, November 23, 2025
Published on: Sun, Nov 23, 2025
Text Size:
Text:
Kemasukan ahli baharu Gagasan Rakyat cerminkan keyakinan terhadap dasar Hajiji: Arsad
Arsad menerima borang keahlian daripada wakil ahli baharu, Jaipin Yasap.
KOTA BELUD: Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari menerima kemasukan 100 ahli baharu dari Mukim Rosok, sekali gus mengukuhkan sokongan akar umbi parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17.

Arsad berkata pertambahan keahlian tersebut mencerminkan penerimaan semakin positif rakyat terhadap dasar dan polisi yang dilaksanakan kerajaan pimpinan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor sepanjang lima tahun lalu.

Advertisement
“Kemasukan ahli baharu dari Mukim Rosok ke dalam Gagasan Rakyat Tempasuk adalah petanda jelas keyakinan rakyat terhadap dasar-dasar Datuk Seri Hajiji Noor sepanjang tempoh lima tahun ini,” katanya.

Arsad, yang mempertahankan kerusi Dun Tempasuk, turut menyeru pengundi di Sabah—terutamanya di kawasannya—supaya meletakkan kestabilan politik sebagai keutamaan semasa membuang undi pada 29 November.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Saya menyeru pengundi di Sabah, khususnya di Tempasuk, untuk menjadikan kestabilan politik sebagai asas dalam membuat pilihan kerana GRS adalah wadah yang paling menepati keperluan ini,” katanya sambil menambah bahawa gabungan itu kekal komited menyatukan pemimpin demi manfaat jangka panjang negeri.

Beliau menegaskan bahawa kestabilan yang dicapai selama ini telah membolehkan rakyat Sabah menikmati limpahan ekonomi, meskipun ada parti komponen GRS sebelum ini tidak memiliki kerusi Dun.

Advertisement
Kesemua 100 penduduk Rosok itu menyertai Gagasan Rakyat secara rasmi dalam satu majlis penyerahan borang keahlian di pusat daerah mengundi Rosok pada Sabtu.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tempasuk yang juga bekas Adun Tempasuk, Datuk Musbah Jamli.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here