Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Perikatan Nasional optimis biarpun hadapi saingan sengit
Published on: Wednesday, November 19, 2025
Published on: Wed, Nov 19, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
 Perikatan Nasional optimis biarpun hadapi saingan sengit
Yunus berkata PN turut menggerakkan jentera di setiap bahagian dan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang bakal ditandingi sekali gus memastikan persiapan pilihan raya berada pada tahap terbaik.
SANDAKAN: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Sabah Yunus Nurdin optimis bahawa calon-calon PN akan memberikan saingan sengit pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Menurutnya meskipun PN mengakui terdapat beberapa kelemahan namun parti itu telah berjaya mengukuhkan kedudukan di Sabah selepas melalui pelbagai cabaran politik termasuk pengkhianatan daripada rakan-rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Advertisement
“Kita akui memang ada kelemahan. PN adalah parti yang sudah lama bertapak di Sabah cuma dikhianati oleh sahabat-sahabat kita daripada GRS. 

“Bagaimanapun dalam tempoh dua tahun ini kita berjaya mewujudkan hampir semua bahagian di seluruh Sabah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Yunus berkata PN turut menggerakkan jentera di setiap bahagian dan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang bakal ditandingi sekali gus memastikan persiapan pilihan raya berada pada tahap terbaik.

Beliau yakin PN mampu mencipta kejutan besar pada PRN kali ini berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat.

Advertisement
“Rakyat Sabah sudah matang menilai. Mereka tahu bahawa Perikatan Nasional adalah satu-satunya parti pembangkang tulen yang memperjuangkan hak rakyat baik di Semenanjung mahupun Sabah. 

“Insya-Allah akan ada kejutan di semua Dun yang kita tandingi atas tiket PN,” katanya.

Advertisement
PRN17 Sabah dijangka menyaksikan persaingan sengit antara blok Kerajaan Negeri dan pembangkang dengan PN berusaha memanfaatkan momentum sokongan di peringkat akar umbi.

Nurdin juga merupakan antara 42 calon PN yang bertanding pada PRN17 Sabah kali ini. 

Beliau bertemu dalam persaingan 9 penjuru di Dun Gum-Gum. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here