Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Setiausaha Agung CFOS dilepas tanpa bebas kes hantaran Facebook
Published on: Friday, November 14, 2025
Published on: Fri, Nov 14, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Setiausaha Agung CFOS dilepas tanpa bebas kes hantaran Facebook
HASHIMAH (kanan) bergambar bersama peguamnya Azhier Farhan (kiri) selepas prosiding mahkamah.
Kota Kinabalu: Seorang Setiausaha Agung Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS) dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen berhubung pertuduhan memuat naik komen berunsur menghina di Facebook yang didakwa menyinggung perasaan orang lain.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain memberikan perintah DNAA terhadap Hashimah Hasbullah, 45, apabila kes berkenaan disebut semula pada Khamis.

Advertisement
Hashimah didakwa memuat naik komen berunsur penghinaan di Facebook yang kemudiannya dibaca oleh Bharu Sam Bakri pada jam 6.27 petang, 18 Februari 2024 di Balai Polis Beaufort.

Komen tersebut didakwa dibuat dengan niat untuk menyakiti perasaan orang lain.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan dikembalikan kepada Hashimah dan pasportnya dipulangkan.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir manakala peguam Azhier Farhan mewakili Hashimah.

Menurut Hashimah DNAA itu diberikan kerana menunggu keputusan rayuan terhadap kes aktivis Heidy Quah yang mencabar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) di Mahkamah Rayuan.

Advertisement
Dalam kes berasingan seorang lelaki berusia 31 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan kerana mengulangi kesalahan mengambil dadah jenis syabu.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Azri Sakmat selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Azri didapati mengambil dadah berkenaan pada jam 10.30 pagi, 25 Ogos tahun ini selepas ujian air kencingnya positif syabu di Balai Polis Tuaran dan dia mempunyai dua rekod kesalahan lampau atas kesalahan sama.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkapan dan tertuduh akan diletakkan di bawah pengawasan polis selepas tamat tempoh hukuman.

Kes dikendalikan oleh TPR Bryan Francis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here