Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Jabatan Kerja Raya, DBKK tangani isu lampu jalan di Kota Kinabalu dan Sipitang
Published on: Wednesday, November 12, 2025
Published on: Wed, Nov 12, 2025
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Jabatan Kerja Raya, DBKK tangani isu lampu  jalan di Kota Kinabalu dan Sipitang
PEKERJA kontraktor menjalankan kerja pembaikan di bawah bukit Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.
JABATAN Kerja Raya (JKR) sedang memeriksa tahap keselamatan struktur lampu hiasan yang tergantung di bahagian tengah lengkungan hiasan di Jalan Istiadat, Likas selain berusaha memulihkan pencahayaan di Jalan Sipitang Bypass berhampiran simpang ke Kampung Muhibbah.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pula berjanji untuk mempertingkatkan penyelenggaraan lampu jalan di sekitar Luyang termasuk di kaki bukit Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu serta sepanjang Jalan Kebajikan antara simpang ke Taman Lumaku dan Jalan Kolam.

Advertisement
Tindakan kedua-dua agensi ini susulan aduan daripada pengguna jalan raya mengenai keadaan jalan yang gelap dan berbahaya pada waktu malam di beberapa kawasan di Sipitang dan Luyang.

BAHAGIAN lampu hiasan yang patah di bawah lengkungan berhampiran Bay Suites dilihat  terjatuh di atas pembahagi jalan.Seorang pemandu di Likas turut meluahkan kebimbangan mengenai bahaya lampu di bawah lengkungan berhampiran kediaman Bay Suites, Jalan Istiadat.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menurutnya bahagian bawah batang besi utama yang memegang lampu hiasan itu patah dan jatuh ke atas pembahagi jalan baru-baru ini.

“Nasib baik tiada sesiapa yang cedera ketika kejadian. Namun ada kemungkinan bahagian logam lain juga boleh tercabut dan membahayakan pejalan kaki di bawahnya,” katanya.

Advertisement
Terdapat dua set lengkungan hiasan di atas pembahagi jalan sepanjang kira-kira 745 meter antara simpang Jalan Tun Fuad Stephens dan bulatan Jalan Kompleks Sukan.

KAKITANGAN JKR memeriksa  panel kawalan lampu di simpang  Kampung Muhibbah.Maklumat mengenai aduan ini telah disalurkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Jurucakap JKR berkata pemeriksaan telah dijalankan di Jalan Istiadat sejurus selepas dihubungi media.

“Juruteknik kami telah menanggalkan separuh batang logam yang patah dari pembahagi jalan.

“Kami sedang meneliti langkah terbaik untuk menangani masalah melibatkan lampu hiasan di kedua-dua lengkungan tersebut,” katanya.

Beliau menjelaska bahawa mengikut rekod JKR Jalan Istiadat disenaraikan dalam daftar jalan jabatan itu.

“Namun lampu jalan di sepanjang laluan berkenaan adalah di bawah bidang kuasa DBKK. Kami pernah mencadangkan agar tanggungjawab bagi lengkungan dan lampu hiasan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan tersebut,” katanya sambil menambah bahawa surat berhubung perkara itu telah dihantar kepada DBKK tahun lalu.

Jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK mengesahkan penerimaan surat tersebut dan menjelaskan bahawa pihaknya menolak permintaan JKR untuk mengambil alih penyelenggaraan struktur berkenaan.

Berkaitan simpang Kampung Muhibbah jurucakap wanita jabatan itu berkata pemeriksaan awal telah dijalankan di kawasan Jalan Sipitang Bypass pada Selasa.

“Pasukan kami memeriksa panel kawalan lampu dan mendapati bekalan elektrik tidak sampai ke mekanisme dalaman.

“Sabah Electricity telah dimaklumkan mengenai masalah ini dan kami sedang bekerjasama dengan syarikat berkenaan untuk menyelesaikanya,” jelasnya.

Majlis Daerah Sipitang turut dihubungi mengenai masalah pencahayaan awam di kawasan tersebut.

Jurucakap majlis menjelaskan bahawa pihaknya tidak lagi bertanggungjawab ke atas kemudahan berkenaan.

“Kami telah menyerahkan tanggungjawab penyelenggaraan lampu jalan di kawasan ini kepada JKR sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Mengenai kawasan Kompleks Mahkamah dan Jalan Kebajikan jurucakap DBKK berkata kegiatan mencuri kabel menjadi punca utama masalah lampu tidak berfungsi di kedua-dua lokasi.

“Lebih 50 meter kabel berperisai yang membekalkan elektrik kepada lampu di kaki bukit telah dicuri kemungkinan besar oleh pencuri logam,” tambahnya.

Kabel yang hilang itu mengandungi dua teras kuprum dengan diameter 10 milimeter.

JURUTEKNIK menggunakan sky-lift untuk membaiki lampu di Jalan Kebajikan.Selain itu katanya sebuah tiang lampu di Jalan Kebajikan turut dilanggar oleh pemandu menyebabkan kabel sepanjang 30 meter putus dua.

“Kontraktor elektrik kami telah menggantikan peralatan yang rosak di kawasan berkenaan.

“Empat set lampu 250 watt turut diganti di kaki bukit, manakala satu set lagi diganti di Jalan Kebajikan,” ujarnya.

Menurutnya kerja pembaikan dilakukan dengan bantuan jentera sky-master dan dua pemeriksaan berasingan dijalankan dalam tempoh 10 hari bulan ini untuk memastikan semua lampu berfungsi dengan baik.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here