Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Poon sertai KDM, tanding kerusi Tanjong Papat
Published on: Tuesday, November 11, 2025
Published on: Tue, Nov 11, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Poon sertai KDM, tanding kerusi Tanjong Papat
SANDAKAN: Bekas Pengerusi DAP Sabah dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Papat Datuk Frankie Poon (gambar), secara rasmi menyertai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bersama setiausahanya, Liau Fui Fui.

Kedua-duanya dijangka bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, dengan Frankie bakal bertanding di kerusi Tanjong Papat manakala Fui Fui di kerusi Elopura.

Advertisement
Mengesahkan perkara itu, Timbalan Presiden merangkap Pengarah Jentera Pilihan Raya KDM Datuk Wetrom Bahanda berkata parti yakin kedua-dua calon berkenaan merupakan individu berwibawa dan rajin berkhidmat kepada rakyat.

“Itulah sebabnya kami memilih Frankie dan Fui Fui untuk mewakili KDM di dua kerusi ini,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Wetrom menambah keputusan untuk menampilkan calon dari luar parti mencerminkan pendekatan inklusif KDM.

“KDM bukan parti untuk satu komuniti sahaja tetapi parti yang mewakili semua rakyat Malaysia, seperti yang termaktub dalam perlembagaan kami yang menekankan kesejahteraan demokratik untuk semua,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Zon Pantai Timur KDM di Dewan Sekolah Menengah Tiong Hua pada Ahad.

Advertisement
Turut hadir ialah Pemangku Presiden KDM Priscella Peter, Setiausaha Agung Willie Jude Junaidi dan lebih 2,000 ahli dari 105 cawangan di Pantai Timur.

Wetrom berkata KDM merancang untuk bertanding di 38 kerusi negeri termasuk dua di Sandakan.

Advertisement
“Kami akan mengenal pasti dua lagi kawasan berpotensi di Pantai Timur sebelum pengumuman rasmi pada 13 November di Kota Kinabalu,” katanya.

Sementara itu, Fui Fui berkata penyertaannya dalam KDM seiring dengan misi parti untuk berkhidmat kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

“Dengan lapan tahun pengalaman dalam bidang politik, saya akan terus bekerja keras membantu rakyat. Bersama Frankie, kami akan membawa misi KDM ke Sandakan,” katanya sambil menyatakan keyakinan bahawa kehadiran parti itu di kawasan berkenaan akan semakin kukuh melalui penglibatan aktif di peringkat akar umbi.

Terdahulu, Priscella menegaskan komitmen KDM untuk memperjuangkan suara dan aspirasi golongan belia, sambil yakin Frankie dan Fui Fui mampu menunjukkan prestasi cemerlang dalam pilihan raya akan datang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here