Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Azharina & Nana Karia bersatu dalam lagu
Published on: Monday, November 03, 2025
Published on: Mon, Nov 03, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Azharina & Nana Karia bersatu dalam lagu
LAGU Biar Gambar Bicara adalah sebuah kisah perjalanan, kepercayaan dan rasa yang telah dibina sejak bertahun lamanya.
DUA nama hebat dari dua negara serumpun, Azharina Azhar dari Malaysia dan Nana Karia, artis versatil dari Singapura, akhirnya bergabung dalam sebuah kolaborasi istimewa menerusi lagu berjudul Biar Gambar Bicara.

Lagu dengan nuansa kontemporari Pop, Jazz & Soul penuh emosi ini bukan sekadar sebuah karya muzik, tetapi juga sebuah kisah perjalanan, kepercayaan dan rasa yang telah dibina sejak bertahun lamanya. 

Advertisement
Penyanyi hebat kelahiran Sabah Azharina berkata kerjasama ini bermula sejak hujung tahun 2023 melalui satu panggilan telefon antara mereka.  

Katanya yang mesra disapa Nina, dia dan Nana Karia sebenarnya telah saling mengenali sejak 2016, namun hanya pada penghujung 2023 mereka berbicara secara serius tentang impian untuk bekerjasama dalam satu projek muzik. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Bila Nana cakap dia nak kolaborasi, saya terus rasa ada sesuatu yang kuat dalam lagu ni. Bila saya dengar demo lagu ni, saya terus jatuh cinta.”  

“Rasa macam lagu ni memang ditulis untuk saya. Kami pertama kali bertemu secara bersemuka pada Disember 2023 di Kuala Lumpur dan dari situ, semuanya berjalan dengan lancar,” kata Azharina. 

Advertisement
Sementara itu, Nana berkata Biar Gambar Bicara adalah lambang keyakinan, kesabaran dan kesungguhan yang akhirnya membuahkan hasil. 

“Saya percaya kalau ada kemahuan, pasti ada jalan. Kami melalui pelbagai proses, dari jarak jauh sehinggalah akhirnya dapat bersatu dalam studio.

Advertisement
“Biar Gambar Bicara merupakan lagu berbentuk realiti kehidupan yang dilalui oleh semua manusia. 

“Saya sangat terharu dapat bekerjasama dengan Azharina, seorang penyanyi yang saya kagumi sejak dulu. Lagu ini benar-benar dekat di hati kami berdua,” ujar Nana. 

Lagu ini merupakan hasil ciptaan Nana Karia sendiri manakala lirik ditulis oleh Faizal Sapuan. Ia diterbitkan oleh gabungan tenaga kreatif dari Jebon Osman, Azharina Azhar dan produksi bersama antara Azharina Entertainment dan Soulitaire Production. 

Sampel lagu dihantar sekitar Mac 2024 dan kedua-dua artis memasuki studio rakaman di Kuala Lumpur dalam bulan yang sama.  

Proses rakaman berlangsung dengan penuh keserasian, hasil keakraban yang telah lama terjalin antara mereka. Muzik video pula dirakam di lokasi eksklusif iaitu Mandarin Oriental Kuala Lumpur, yang menambah elemen dramatik dan elegan kepada visual lagu ini. 

Biar Gambar Bicara boleh didengari di semua platform penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox dan YouTube Music bermula 31 Oktober lalu.

Muzik video rasmi Biar Gambar Bicara pula akan dilancarkan pada 17 November ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here