BELURAN: Seorang lelaki maut selepas dilaporkan tersepit dalam mesin pengisar kelapa sawit di sebuah kilang minyak sawit di Pamol, di sini, pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran Edoen Machael berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.20 pagi dan tiba di lokasi kejadian yang terletak 98 kilometer dari balai pada jam 9.32 pagi.
Mangsa berusia 32 tahun itu telah dikeluarkan oleh pekerja kilang serta anggota polis sebelum ketibaan pasukan bomba.
Pasukan bomba membantu mengangkat mangsa dan menyerahkannya kepada ambulans swasta untuk dibawa ke Hospital Beluran bagi rawatan lanjut.
Operasi tamat pada jam 9.32 pagi. Maklumat mengenai mangsa belum diperolehi.