Tue, 14 Apr 2026
Headlines:
JAKM Sabah raih RM6.47j jualan, potensi perniagaan
Published on: Monday, May 23, 2022
Published on: Mon, May 23, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
JAKM Sabah raih RM6.47j jualan, potensi perniagaan
Orang ramai mengunjungi ruang pameran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Sabah International Convention Centre. (Bernama)
Kota Kinabalu: Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) menyaksikan sambutan luar jangkaan dalam kalangan masyarakat di negeri ini sepanjang tiga hari penganjuran program itu yang berakhir pada Ahad.

Menurut kenyataan Sekretariat Program JAKM pada Ahad seramai 24,198 pengunjung direkodkan setakat 3 petang, sementara RM6.47 juta jualan dan potensi perniagaan juga berjaya diraih.

Advertisement
Penglibatan 181 gerai jualan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan program padanan perniagaan dalam siri jelajah itu turut merancakkan aktiviti ekonomi terutamanya bagi usahawan tempatan.

Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia pula menyaksikan 459 orang peserta telah dipanggil menghadiri temu duga, yang 148 individu berjaya ke tapisan akhir dalam jawatan yang dipohon, sementara 139 daripada jumlah itu berjaya ditawarkan pekerjaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jualan Keluarga Malaysia turut menjadi tumpuan kebanyakan pengunjung, yang merebut peluang tawaran potongan harga lebih rendah daripada harga pasaran bagi pelbagai barangan keperluan harian.

Program lain bersifat rekreasi dan hiburan seperti pertandingan sukan elektronik (e-sports), sukan rakyat dan pertandingan bintang patriotik serta pameran kucing dan demonstrasi Jabatan Hidupan Liar Sabah nyata memberi pengalaman yang menyeronokkan, terutama kepada pengunjung berkeluarga.

Advertisement
Pengunjung juga berpeluang menimba ilmu dan mendengar penerangan serta tawaran perkhidmatan langsung kerajaan, sesi bimbingan usahawan dan pemberian bantuan dan insentif.

Sebanyak 27 reruai kaunter perkhidmatan telah mengambil bahagian pada siri JAKM kali ini melibatkan pelbagai kementerian dan jabatan serta agensi Persekutuan dan negeri.

Advertisement
Kaunter perkhidmatan bergerak badan kerajaan juga disediakan, antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Mobile), Pusat Keluarga Bergerak (PKB), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Klinik Pergigian dan Kementerian Kesihatan.

JAKM, yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, adalah kesinambungan daripada kejayaan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9-12 Disember lepas.

Sabah merupakan lokasi ketiga siri JAKM, yang Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) adalah kementerian peneraju bagi program jelajah di Sabah dan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri selaku tuan rumah, manakala Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) merupakan penyelaras utama bagi kesemua 14 siri jelajah, termasuk acara penutupan di Putrajaya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here