Tue, 23 Jun 2026
Headlines:
Jawatankuasa khas tangani isu Palauh
Published on: Sunday, June 21, 2026
Published on: Sun, Jun 21, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Jawatankuasa khas tangani isu Palauh
Gambar tular di media sosial memaparkan aksi sekumpulan Palauh di Persiaran Traulsen (Highway)
TAWAU: Usaha untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas akan dilaksanakan bagi menangani isu Palauh dan kanak-kanak tanpa kerakyatan yang terus berulang tanpa penyelesaian konkrit, kata Pembantu Menteri Kesihatan, Wanita dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Rina Jainal. 

Katanya, kementerian menyedari perlu melakukan sesuatu memandangkan pendekatan sedia ada melalui penubuhan pusat penempatan sementara (PPS) khusus untuk menangani komuniti Palauh dan kanak-kanak jalanan, masih lagi belum dapat menyelesaikan isu berkenaan secara tuntas. 

Advertisement
Apatah lagi, katanya, tindakan yang dapat diambil oleh jabatan terlibat hanyalah “tangkap dan lepas” berikutan wujud masalah teknikal, khususnya apabila mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri. 

"Kita belum mempunyai satu sistem yang benar-benar berkesan untuk memastikan masalah ini tidak terus berulang," katanya selepas merasmikan Program Sukaneka Tabika Perpaduan Peringkat Negeri Sabah dan Smart Start School di Dewan Bitara SK Bahagia, di sini, pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau ditanya berhubung gambar terbaharu yang tular di media sosial memaparkan aksi sekumpulan besar Palauh terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa berada di Persiaran Traulsen yang melakukan pelbagai aktiviti, termasuk tidur, memasak, mencuci dan menjemur pakaian. Kawasan itu juga dilaporkan mempunyai banyak sampah. 

Rina

Rina berkata, isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan memerlukan pengurusan yang lebih sistematik kerana bukan sahaja melibatkan kebajikan mereka, malah memberi impak sosial kepada masyarakat dan kanak-kanak warganegara.

Advertisement
“Kita perlu memikirkan nasib anak-anak ini dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang kerana mereka tidak memilih untuk dilahirkan tanpa dokumen.

“Sebab itu, satu pendekatan yang holistik perlu diwujudkan bagi menangani isu ini daripada terus berulang,” katanya. 

Advertisement
Tambahnya, isu berkenaan turut dibincangkan bersama Menteri Datuk Julita Majungki bagi mencari penyelesaian di peringkat dasar dan pentadbiran.

Rina berkata isu kanak-kanak tanpa kerakyatan bukan hanya berlaku di Tawau atau Sabah, malah turut dihadapi banyak negara lain di seluruh dunia, khususnya kawasan sempadan.

“Ketika menghadiri Simposium Akta Kanak-Kanak di Parlimen baru-baru ini, saya dimaklumkan bahawa isu kanak-kanak tanpa dokumentasi merupakan cabaran yang turut dihadapi negara lain.

“Oleh itu, penyelesaiannya memerlukan kerjasama pelbagai pihak dan satu dasar yang lebih komprehensif,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here