Mon, 22 Jun 2026
Headlines:
Pemilihan Ketua Kampung, Ketua Masyarakat Cina dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar Dun Tamparuli dalam masa terdekat
Published on: Saturday, June 20, 2026
Published on: Sat, Jun 20, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Pemilihan Ketua Kampung, Ketua Masyarakat Cina dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar Dun Tamparuli dalam masa terdekat
Madius berkata ia sebahagian daripada usaha memperkukuhkan sistem pentadbiran dan kepimpinan komuniti di peringkat akar umbi.
TAMPARULI: Jawatan Ketua Kampung (KK), Ketua Masyarakat Cina (KMC) dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) di seluruh Dun Tamparuli dibubarkan secara rasmi bagi membolehkan proses pemilihan kepimpinan baharu dilaksanakan secara menyeluruh.

Ahli Parlimen Tuaran merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata ia sebahagian daripada usaha memperkukuhkan sistem pentadbiran dan kepimpinan komuniti di peringkat akar umbi.

Advertisement
Menurut beliau, pihaknya bersama Pejabat Daerah Kecil Tamparuli komited untuk melaksanakan proses pengundian bagi jawatan berkenaan di seluruh Dun Tamparuli dalam tempoh terdekat.

“Proses pemilihan ini akan dilaksanakan secara telus, tersusun dan berintegriti bagi memastikan individu yang dipilih benar-benar mendapat kepercayaan serta sokongan masyarakat setempat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Langkah ini juga selaras dengan prinsip demokrasi akar umbi dan amalan tadbir urus yang baik, selain memberi peluang kepada penduduk kampung untuk menentukan sendiri kepimpinan komuniti masing-masing,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata kepimpinan di peringkat kampung memainkan peranan penting sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan, selain menjadi medium utama dalam menyampaikan maklumat, menyelesaikan isu setempat serta membantu menjayakan pelbagai program pembangunan masyarakat.

Advertisement
Dalam pada itu, Madius memaklumkan bahawa Borang Penamaan Calon dan Borang Khas Mengundi akan dikeluarkan oleh pihak urusetia dalam masa terdekat.

Beliau turut menggesa semua penduduk kampung yang layak di Dun Tamparuli supaya mengambil peluang untuk terlibat dalam proses tersebut dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dengan penuh amanah.

Advertisement
“Penyertaan masyarakat amat penting bagi memastikan pemimpin yang dipilih bukan sahaja berwibawa dan berintegriti, malah mampu berkhidmat dengan berkesan demi kemajuan kampung dan kesejahteraan penduduk,” katanya.

Tambahnya, pemilihan itu diharapkan dapat melahirkan barisan kepimpinan komuniti yang lebih dinamik, progresif dan mampu bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan dalam merancang serta melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan untuk manfaat rakyat di kawasan Tamparuli.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here