Fri, 19 Jun 2026
Headlines:
Sabah, Persekutuan perlu perkukuh kerjasama untuk menangani isu pendidikan negeri: James
Published on: Wednesday, June 17, 2026
Published on: Wed, Jun 17, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah, Persekutuan perlu perkukuh kerjasama untuk menangani isu pendidikan negeri: James
James berkata isu seperti projek sekolah terbengkalai memerlukan kerjasama rapat antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan punca permasalahan dapat dikenal pasti serta diselesaikan dengan segera.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan perlu terus memperkukuh kerjasama dalam sektor pendidikan bagi memastikan pelaksanaan dasar serta pembangunan dapat diselaraskan dengan lebih berkesan.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib berkata hubungan erat antara kedua-dua pihak penting supaya perkongsian maklumat berjalan lancar, sekali gus membolehkan pelbagai isu berkaitan pendidikan ditangani dengan lebih cepat dan menyeluruh.

Advertisement
Beliau berkata penambahbaikan kerjasama itu bukan bermakna hubungan sedia ada tidak memadai, sebaliknya bertujuan memperkukuh saluran komunikasi serta maklumat terkini mengenai perkembangan sektor pendidikan termasuk projek sekolah mengalami kelewatan atau terbengkalai.

“Kami mahu kolaborasi antara kerajaan negeri dan Persekutuan dipererat lagi supaya segala maklumat dan informasi dapat dikongsi dengan lebih baik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dengan itu, kerajaan negeri dapat memahami isu yang berlaku dan membantu mencari penyelesaian bersama pihak berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

James berkata isu seperti projek sekolah terbengkalai memerlukan kerjasama rapat antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan punca permasalahan dapat dikenal pasti serta diselesaikan dengan segera.

Advertisement
Beliau berkata kerajaan negeri mempunyai peranan penting dalam membantu melancarkan pelaksanaan projek pembangunan pendidikan memandangkan beberapa aspek pentadbiran dan kawal selia masih berada di bawah bidang kuasa negeri.

Justeru, beliau mencadangkan supaya sebarang prosedur atau peraturan yang boleh melambatkan aliran komunikasi antara pegawai di peringkat negeri dan Persekutuan diteliti semula bagi meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat.

Advertisement
“Apabila komunikasi lebih lancar, setiap isu yang timbul dapat dikenal pasti lebih awal dan tindakan penyelesaian boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kepentingan sektor pendidikan di Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here