Sat, 30 May 2026
Headlines:
MA63: Warisan sambut baik cadangan jawatankuasa dwipartisan
Published on: Wednesday, May 27, 2026
Published on: Wed, May 27, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
MA63: Warisan sambut baik cadangan jawatankuasa dwipartisan
Assaffal menegaskan MA63 adalah asas pembentukan Malaysia dan wajar diberi perhatian berterusan selaras dengan semangat asal perjanjian itu.
LAHAD DATU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tungku, Assaffal P. Alian menyambut baik cadangan penubuhan jawatankuasa dwipartisan di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi meneliti hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau menyifatkan cadangan dikemukakan Adun Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai itu sebagai langkah bermakna untuk rakyat Sabah.

Advertisement
Menurut Assaffal, cadangan itu mencerminkan komitmen bersama dalam mempertahankan kedudukan perlembagaan Sabah tanpa mengira perbezaan politik.

Katanya, perkara berkaitan hak dan masa depan Sabah perlu menjadi keutamaan bersama semua pemimpin merentasi parti politik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada masa sama, beliau menegaskan jawatankuasa itu perlu disokong kerangka teknikal yang jelas bagi memastikan setiap perbincangan berasaskan fakta dan perundangan.

Beliau berkata antara keutamaan yang perlu diberi perhatian ialah penelitian terperinci terhadap Warta Persekutuan L.N. 199/1965 [Modification of Laws (Declaration of Federal Present Laws) (Sabah) Order 1965].

Advertisement
Menurutnya, perintah itu mengisytiharkan 120 undang-undang Sabah, termasuk berkaitan hasil negeri, buruh dan sumber asli seperti Ordinan Petroleum 1960 serta Ordinan Kastam sebagai undang-undang Persekutuan.

Assaffal berkata jawatankuasa itu perlu meneliti sama ada perubahan undang-undang yang diperkenalkan ketika itu masih relevan pada masa kini dan sama ada perubahan berkenaan telah menghakis kuasa autonomi Sabah yang sepatutnya dilindungi di bawah MA63.

Advertisement
“Ini bukan semata-mata mengenai hasil 40 peratus, tetapi tentang memulihkan kuasa yang telah dipersekutukan sejak 16 April 1965,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam kenyataan sama, Assaffal turut mencadangkan tempoh 60 hari diberikan kepada jawatankuasa itu untuk mengemukakan laporan awal bagi memastikan proses berjalan fokus dan seiring dengan harapan rakyat Sabah yang semakin memahami isu MA63.

Beliau turut menggesa kerjasama lebih rapat dengan Sarawak yang turut tertakluk kepada perintah serupa di bawah L.N. 200/1965.

Katanya, Sabah dan Sarawak sebagai wilayah pengasas Malaysia akan mempunyai kekuatan lebih besar jika bersuara secara bersama dalam isu berkaitan perlembagaan.

“Sebarang dapatan jawatankuasa perlu dibentangkan di DUN Sabah sebagai usul rasmi bagi memberikan mandat legislatif yang kukuh.

“Ahli Parlimen Sabah termasuk Isnaraissah Munirah Majilis juga perlu digerakkan di Dewan Rakyat sebagai suara rasmi rakyat Sabah,” katanya.

Assaffal menegaskan MA63 adalah asas pembentukan Malaysia dan wajar diberi perhatian berterusan selaras dengan semangat asal perjanjian itu.

Beliau berkata Parti Warisan sentiasa bersedia bekerjasama dengan semua pihak dalam usaha memperkukuh hak Sabah seperti yang dipersetujui sebelum pembentukan Malaysia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here