Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
KPDN rekod 2,463 pemeriksaan sepanjang SHMMP Kaamatan, Gawai
Published on: Tuesday, June 09, 2026
Published on: Tue, Jun 09, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
KPDN rekod 2,463 pemeriksaan sepanjang SHMMP Kaamatan, Gawai
Azman berkata menerusi jumlah itu sebanyak 31 kes telah diambil tindakan atas kesalahan gagal mempamerkan tanda harga merah jambu bagi barangan yang tertakluk sepanjang pelaksanaan SHMMP selama sembilan hari itu.
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan sebanyak 2,463 pemeriksaan di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata menerusi jumlah itu sebanyak 31 kes telah diambil tindakan atas kesalahan gagal mempamerkan tanda harga merah jambu bagi barangan yang tertakluk sepanjang pelaksanaan SHMMP selama sembilan hari itu.

Advertisement
Bagaimanapun katanya hasil pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan turut mendapati tiada kes peniaga menjual barangan melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan dalam SHMMP sepanjang tempoh tersebut.

“Pencapaian ini turut membuktikan tahap pematuhan yang tinggi dalam kalangan peniaga serta keberkesanan pelaksanaan SHMMP dalam memastikan harga barangan keperluan terkawal sepanjang musim perayaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pada masa sama majoriti peniaga juga terus menunjukkan integriti dan komitmen yang baik dalam mematuhi peraturan ditetapkan termasuk harga maksimum bagi 17 jenis barangan harga terkawal yang diwartakan kerajaan.

“Pemantauan mendapati pihak industri dan peruncit memberikan kerjasama yang baik serta mematuhi harga maksimum yang ditetapkan bagi semua barangan terkawal di bawah skim ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Advertisement
Mengulas lanjut Azman berkata secara keseluruhannya pelaksanaan SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 berjalan lancar dalam suasana kondusif hasil gabungan penguatkuasaan proaktif KPDN, kerjasama pemain industri serta maklum balas positif daripada pengguna.

Menurutnya pelaksanaan SHMMP selama sembilan itu juga berjaya mencapai objektif utama dalam membantu mengimbangi kos sara hidup rakyat sepanjang musim perayaan selain memastikan bekalan barangan keperluan harian kekal mencukupi di pasaran.

Advertisement
Sehubungan itu beliau merakamkan penghargaan kepada komuniti peniaga dan pihak industri atas kerjasama erat yang diberikan sepanjang pelaksanaan skim berkenaan yang telah bermula pada 27 Mei hingga 4 Jun lalu itu.

“Kerjasama semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan objektif SHMMP tercapai, sekaligus menjamin kesejahteraan pengguna serta kestabilan pasaran sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini.

“KPDN akan terus mempergiat pemantauan terhadap kedudukan bekalan dan harga barangan keperluan harian secara berterusan bagi memastikan pengguna sentiasa dilindungi daripada sebarang bentuk manipulasi harga yang tidak munasabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here