Sun, 31 May 2026
Headlines:
Hadir ke Kaamatan Keningau sebagai tanda hormat: Shafie
Published on: Thursday, May 28, 2026
Published on: Thu, May 28, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Hadir ke Kaamatan Keningau sebagai tanda hormat: Shafie
Shafie berkata, beliau hadir atas jemputan sahabat lama beliau iaitu Presiden StarSabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan kehadiran beliau tidak wajar ditafsir di luar konteks sebenar.
SEMPORNA: Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan kehadiran beliau ke Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau 2026 sebagai tanda hormat terhadap budaya masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Shafie berkata, beliau hadir atas jemputan sahabat lama beliau iaitu Presiden StarSabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan kehadiran beliau tidak wajar ditafsir di luar konteks sebenar.

Advertisement
Beliau berkata, jemputan ke acara kebudayaan dan perayaan seperti Pesta Kaamatan adalah perkara biasa dalam masyarakat majmuk di negeri ini yang sejak sekian lama hidup dalam suasana saling menghormati.

Menurut beliau, kehadiran pada majlis berkenaan dibuat atas dasar persahabatan lama selain menghargai sambutan budaya yang menjadi warisan penting negeri ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, beliau sebelum itu telah memaklumkan kepada pihak berkaitan dan memilih hadir sekiranya keadaan mengizinkan termasuk dari segi kesihatan serta komitmen lain.

Beliau menegaskan tidak timbul sebarang muslihat atau agenda tertentu di sebalik kehadiran ke acara berkenaan seperti yang cuba ditafsirkan segelintir pihak.

Advertisement
“Apakah salah kita hadir dalam acara budaya masyarakat lain sebagai tanda hormat dan menghargai tradisi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melaksanakan ibadah Korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di kediaman beliau, di sini, Rabu.

Advertisement
Menurut Shafie, amalan saling menziarahi ketika musim perayaan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah sudah lama menjadi budaya yang mengukuhkan perpaduan.

Katanya, masyarakat bukan Islam turut hadir berkunjung ketika Aidilfitri manakala masyarakat Islam juga sentiasa menunjukkan rasa hormat pada sambutan perayaan lain termasuk Tahun Baharu Cina dan Kaamatan.

Jelas beliau, semangat itulah yang perlu terus diperkukuhkan kerana Malaysia dibina atas kepelbagaian bangsa, agama dan budaya.

Beliau yang pernah memegang portfolio perpaduan dan kebudayaan sebelum ini berkata usaha menyuburkan kebudayaan pelbagai kaum adalah antara asas penting dalam membina keharmonian negara.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhemah ketika menggunakan media sosial dan tidak mudah menyebarkan dakwaan tidak berasas yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.

Katanya, sekiranya sesuatu perkara mempunyai fakta dan kebenaran ia boleh dibincangkan secara terbuka namun penyebaran fitnah tidak membawa manfaat kepada sesiapa.

Beliau berkata tumpuan ketika ini seharusnya diberikan kepada usaha membantu rakyat terutama dalam berdepan cabaran ekonomi semasa yang memerlukan perhatian semua pihak.

“Yang penting ialah tunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan terus menyuarakan keperluan mereka demi kesejahteraan bersama,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here