Fri, 5 Jun 2026
Headlines:
KPDN Sabah rekod 40 kes di bawah AKHAP 2011
Published on: Wednesday, June 03, 2026
Published on: Wed, Jun 03, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
KPDN Sabah rekod 40 kes di bawah AKHAP 2011
FREDECK (kiri) bersama penguatkuasa KPDN sedang memeriksa barangan di bawah SHMMP semasa operasi itu di sebuah pasaraya.
Kota Kinabalu: Sebanyak 3,620 premis perniagaan telah diperiksa di seluruh negeri sejak 1 Januari hingga 24 Mei tahun ini.

Menerusi jumlah berkenaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah merekodkan sebanyak 40 kes bagi kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 membabitkan nilai kompaun RM4,900.

Advertisement
Pengarah KPDN Sabah Shahril Nizam Shahidin berkata kesemua kesalahan terbabit melibatkan kegagalan mematuhi peraturan di bawah AKHAP antaranya menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum termasuk gagal mempamerkan tanda harga merah jambu bagi harga barangan terkawal sempena musim perayaan.

“Pada masa sama tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan 2026 termasuk kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang boleh dikenakan tindakan di bawah AKHAP 2011.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagi individu pesalah boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, selain boleh dikompaun sehingga RM50,000, manakala syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

“Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal turut boleh dikenakan tindakan, dengan individu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun RM5,000, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan sempena tinjauan mesra SHMMP Pesta Kaamatan 2026 di Servay Hypermarket baru-baru ini.

Advertisement
Bercakap mengenai operasi diketuai Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN  Negeri Fredeck Kantod itu Shahril berkata SHMMP Pesta Kaamatan 2026 dikuatkuasakan bermula 29 Mei hingga 4 Jun depan melibatkan tempoh sembilan hari iaitu tiga hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan lima hari selepas Kaamatan.

Menurutnya skim itu dilaksanakan sebagai langkah menstabilkan harga barangan serta memastikan bekalan mencukupi sepanjang musim perayaan Pesta Kaamatan manakala seramai 204 penguat kuasa dan 72 pegawai pemantau harga telah digerak di lokasi strategik seluruh Sabah bagi memantau bekalan serta pematuhan harga di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli belah.

Advertisement
“Sebanyak 12 jenis barangan telah diwartakan di bawah SHMMP iaitu kepak ayam, daging kerbau import dari India, cili kering kerinting, bawang merah kecil India, bawang merah besar, bawang kuning besar, bawang putih dari China, halia tua import, ubi kentang dari China, babi hidup peringkat ladang, daging babi bahagian perut serta daging dan lemak babi.

“Pelaksanaan skim ini juga merupakan usaha prihatin kerajaan bagi memastikan rakyat pelbagai kaum dan budaya dapat menyambut perayaan dalam suasana harmoni dan ceria tanpa dibebani kenaikan harga barang keperluan.

“Dalam masa sama pendekatan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan selain tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan,” katanya.

Sehubungan itu katanya orang ramai juga boleh membuat semakan harga barangan terkawal menerusi laman sesawang rasmi KPDN di https://www.kpdn.gov.my dan turut meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan sebarang aduan melalui saluran WhatsApp.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here