Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pelantikan ketua kampung, JKKK amanah untuk berkhidmat
Published on: Tuesday, June 09, 2026
Published on: Tue, Jun 09, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Pelantikan ketua kampung, JKKK amanah untuk berkhidmat
PENGERUSI JKKK Kampung Sandapak Nicole Mikat Atam (dua dari kiri) menerima surat pelantikan.
KENINGAU: Penolong Menteri Kewangan Negeri Datuk Mohd Ishak Ayub mengingatkan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) serta ketua kampung kawasan Bingkor yang baharu dilantik supaya tidak melihat jawatan mereka sebagai lambang kuasa sebaliknya sebagai satu amanah untuk berkhidmat kepada rakyat.

Beliau berkata pelantikan pemimpin kampung di kawasan Bingkor dibuat berdasarkan kepercayaan masyarakat setempat dan bukannya atas faktor ideologi atau kecenderungan politik.

Advertisement
“Surat pelantikan yang diterima bukan lesen untuk memerintah. Ia adalah amanah yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab, integriti dan kejujuran demi kepentingan rakyat.

“Proses pemilihan memberi peluang kepada penduduk kampung menentukan sendiri individu yang mereka yakini mampu memimpin serta membawa pembangunan kepada komuniti masing-masing,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung Bingkor baru-baru ini. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mohd Ishak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor berkata, ketua kampung dan pengerusi JKKK merupakan pemimpin yang paling dekat dengan rakyat justeru mereka perlu sentiasa turun padang, mendengar suara masyarakat dan bertindak sebagai penghubung yang berkesan antara kerajaan dan penduduk.

Beliau turut menegaskan bahawa pentadbiran kampung mesti bebas daripada pilih kasih, kronisme, sentimen politik dan perpecahan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Advertisement
“Tugas ketua kampung dan pengerusi JKKK adalah menjaga kebajikan semua penduduk tanpa mengira kaum, agama, latar belakang atau pegangan politik. Semua rakyat berhak menerima layanan yang adil dan saksama,” katanya.

Ishak berkata prestasi semua pemegang jawatan akan dipantau dan dinilai secara berterusan bagi memastikan amanah yang diberikan dilaksanakan dengan sebaiknya.

Advertisement
Menurut beliau sebarang aduan yang berasas mengenai kelemahan pentadbiran, penyalahgunaan kuasa atau kegagalan menjalankan tanggungjawab akan diberi perhatian serius termasuk mempertimbangkan pertukaran kepimpinan jika perlu.

Beliau menegaskan bahawa kekuatan sebenar seorang pemimpin kampung bukan terletak pada surat pelantikan yang diterima tetapi pada tahap kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap kepimpinan yang ditunjukkan.

“Jika kepercayaan rakyat dipelihara dengan baik, sokongan akan terus kukuh. Namun jika amanah diabaikan, rakyat berhak menyuarakan pandangan dan menuntut perubahan,” katanya.

Beliau turut mengajak semua ketua kampung dan pengerusi JKKK yang dilantik supaya bekerjasama memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian dan memacu pembangunan kampung demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan kawasan Bingkor.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here