Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kubur terjejas runtuhan: Waris harap keputusan segera
Published on: Friday, June 05, 2026
Published on: Fri, Jun 05, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Kubur terjejas runtuhan: Waris harap keputusan segera
EVEY Baizurah (duduk ketiga kiri) bersama yang lain dan antara waris yang hadir.
SANDAKAN: Waris tanah perkuburan Islam Kampung Sim-Sim, yang terjejas akibat kejadian runtuhan pada Mac lalu, berharap pihak berkuasa dapat segera memuktamadkan keputusan berhubung status tapak perkuburan terbabit.

Perkara itu antara yang dibangkitkan dalam sesi perbincangan bersama waris yang berlangsung di Surau Al-Furqan Kampung Sim-Sim, baru-baru ini.

Advertisement
Pertemuan anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjong Papat itu dihadiri Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjong Papat Evey Baizurah Kamarudin, dua ketua kampung, pengerusi surau, wakil Mahkamah Anak Negeri Sandakan serta beberapa warden jambatan di perkampungan atas air itu.

Antara lain, waris terbabit berharap jabatan berkaitan dapat memberikan kata putus mengenai tapak perkuburan keluarga mereka yang terjejas susulan kejadian runtuhan berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mereka juga berharap tiada pemindahan dilakukan terhadap kubur yang terjejas dan menyatakan kesediaan sekiranya kawasan perkuburan itu dikekalkan di lokasi sedia ada.

Terdahulu, susulan kejadian runtuhan tersebut, aktiviti ziarah kubur di kawasan berhampiran lokasi runtuhan tidak dibenarkan atas faktor keselamatan. Larangan itu masih berkuat kuasa sehingga kini.

Advertisement
Beberapa sesi pertemuan melibatkan waris dan jabatan berkaitan turut diadakan selepas kejadian itu bagi mencari penyelesaian terbaik.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada keputusan atau kenyataan rasmi berhubung sama ada tapak perkuburan yang terjejas akan dipindahkan atau dikekalkan di lokasi asal.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here