Mon, 8 Jun 2026
Headlines:
Lelaki ditahan, 675 liter petrol dirampas
Published on: Saturday, June 06, 2026
Published on: Sat, Jun 06, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Lelaki ditahan, 675 liter petrol dirampas
SEMPORNA: Seorang lelaki ditahan dan kira-kira 675 liter petrol dirampas dalam satu operasi di jeti Kampung Air, di sini, pada Khamis.

Lelaki itu ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 22 Kunak sebelum diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Semporna.

Advertisement
KPDN dalam satu kenyataan berkata lelaki itu yang hanya memiliki sijil kelahiran itu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang kebenaran bertulis untuk memiliki atau menyimpan barang kawalan berkenaan.

Turut dirampas dalam operasi itu ialah sebuah bot kayu dan enjin Yamaha 40HP. Keseluruhan rampasan termasuk petrol tersebut dianggarkan bernilai RM5,244.40.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Satu kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, KPDN berkata Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) akan terus dipergiat bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang bersubsidi serta barang kawalan di Semporna.

Advertisement
KPDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melanggar undang-undang berkaitan barang kawalan.

Orang ramai juga digesa melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang melibatkan barang kawalan bagi membantu usaha penguatkuasaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here