Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lelaki ditahan, 750 liter petrol dirampas
Published on: Friday, June 05, 2026
Published on: Fri, Jun 05, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Lelaki ditahan, 750 liter petrol dirampas
SEBAHAGIAN petrol yang dirampas itu.
LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun serta merampas 750 liter cecair disyaki petrol dalam serbuan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) di sebuah jeti tidak berdaftar di Kampung Sungai Keling, Rabu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Labuan Amiludin Malang berkata serbuan yang dijalankan kira-kira 2 petang itu adalah hasil risikan berhubung aktiviti penyimpanan barang kawalan berjadual tanpa kebenaran di lokasi berkenaan.

Advertisement
Beliau berkata pemeriksaan menemukan 20 gelen dan dua drum mengandungi cecair disyaki petrol, dengan anggaran jumlah keseluruhan sebanyak 750 liter.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati barang kawalan berjadual itu dipercayai disimpan tanpa permit atau kebenaran bertulis yang sah daripada KPDN.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kesemua barang kes disita untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2,940,” katanya.

Menurutnya, lelaki yang ditemui di lokasi kejadian turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung pemilikan dan penyimpanan barang kawalan berjadual tersebut.

Advertisement
Amiludin berkata KPDN Labuan memandang serius sebarang bentuk penyelewengan melibatkan barang kawalan dan akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) bagi memastikan bekalan bersubsidi serta barang kawalan berjadual tidak disalah guna atau diseleweng.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, yang memperuntukkan denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Advertisement
KPDN turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan aktiviti mencurigakan melibatkan barang kawalan untuk membantu usaha penguatkuasaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here