Fri, 5 Jun 2026
Headlines:
Lelaki asing ditahan, syabu dirampas di Semporna
Published on: Wednesday, June 03, 2026
Published on: Wed, Jun 03, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Lelaki asing ditahan, syabu dirampas di Semporna
SEMPORNA: Polis menahan seorang lelaki warga asing dan merampas 50.08 gram dadah dipercayai syabu dalam satu operasi di Kampung Selamat, di sini, pada 29 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Tan Hiap Wah berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik menjalankan risikan dan pemantauan di kawasan berkenaan kira-kira jam 2 pagi.

Advertisement
Semasa operasi dijalankan, pasukan polis mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sebelum menahannya untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan satu paket plastik mengandungi bahan disyaki syabu seberat 50.08 gram dengan anggaran nilai RM5,000.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Suspek berusia 38 tahun itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tan menegaskan polis akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan pengedaran dadah di daerah ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti itu.

Advertisement
Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan dadah kepada polis bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here