Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Gempa Mindanao: Tiada kerosakan, situasi Pantai Timur Sabah terkawal
Published on: Monday, June 08, 2026
Published on: Mon, Jun 08, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Gempa Mindanao: Tiada kerosakan, situasi Pantai Timur Sabah terkawal
Hasil pemantauan bomba mendapati tiada peningkatan paras air laut yang membahayakan atau insiden kecemasan dilaporkan di kawasan terlibat. - Gambar/ Tangkap layar X Bernama
Kota Kinabalu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan tiada sebarang kerosakan struktur atau peningkatan luar biasa paras air laut di pantai timur negeri itu setakat ini, susulan gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter yang melanda Mindanao, Filipina pada 7.37 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah memaklumkan pemantauan rapi di kawasan pesisir pantai, penempatan penduduk dan lokasi berisiko telah digerakkan serta-merta oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.

Advertisement
Menurut kenyataan itu, pemantauan itu dibuat susulan amaran tsunami yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) antara 10.30 pagi hingga 12 tengah hari.

“Hasil pemantauan yang dijalankan, laporan ini mendapati tiada sebarang kerosakan struktur, kejadian luar biasa, peningkatan paras air laut yang membahayakan atau insiden kecemasan dilaporkan di kawasan terlibat. Keadaan semasa adalah terkawal dan selamat,” menurut kenyataan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kenyataan itu turut memaklumkan pasukan bomba akan terus melaksanakan pemantauan berterusan dan berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan manakala maklumat mengenai situasi semasa akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here