Sun, 7 Jun 2026
Headlines:
Penagih syabu dipenjara lima tahun, satu sebatan
Published on: Friday, June 05, 2026
Published on: Fri, Jun 05, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Penagih syabu dipenjara  lima tahun, satu sebatan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 39C(1)(b) akta sama kerana dia mempunyai dua sabitan terdahulu di bawah Seksyen 15(1)(a) akta berkenaan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 49 tahun yang mengaku mengambil syabu buat kali ketiga dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis.

Roger Jainis mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Monica Linsua selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Advertisement
Tertuduh didapati mengambil dadah jenis syabu selepas ujian air kencing yang dijalankan di sebuah balai polis pada jam 3.50 petang, 17 Mac lalu didapati positif dadah.

Roger mempunyai dua rekod sabitan terdahulu atas kesalahan sama, masing-masing pada November 2019 dan Mac 2024.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 39C(1)(b) akta sama kerana dia mempunyai dua sabitan terdahulu di bawah Seksyen 15(1)(a) akta berkenaan.

Mahkamah memerintahkan Roger menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapannya. Selepas tamat tempoh penjara dia juga diarahkan menjalani pengawasan polis selama tiga tahun.

Advertisement
Dalam rayuannya Roger yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan masih bujang dan perlu menjaga ibu bapanya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir memohon hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran dan pencegahan memandangkan tertuduh merupakan pesalah berulang.

Advertisement
Dalam kes berasingan seorang warga Filipina dipenjara selama 10 bulan kerana memasuki Sabah secara haram dan memasuki semula negeri ini tanpa dokumen sah selepas dihantar pulang ke negara asalnya.

Bagi pertuduhan pertama, dia dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram manakala bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara enam bulan kerana memasuki semula Sabah tanpa dokumen yang sah.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan dari tarikh tangkapannya dan mengarahkan tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

Lelaki itu ditahan dalam satu operasi Jabatan Imigresen di kawasan bandar baru-baru ini selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here