Sat, 6 Jun 2026
Headlines:
Ibu tunggal lawan kanser Mother of the Year 2026
Published on: Thursday, June 04, 2026
Published on: Thu, Jun 04, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Ibu tunggal lawan kanser Mother of the Year 2026
YEOH semasa menerima anugerah ‘Mother of the Year 2026’ daripada Pembantu Menteri Kesihatan, Wanita dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Rina Jainal.
KETABAHAN seorang ibu tunggal membesarkan empat anak, termasuk dua anak autisme sambil  berjuang melawan kanser payudara sejak 2017 mendapat pengiktirafan apabila menerima anugerah ‘Mother of the Year 2026’ sempena Pink Hi Tea pada sambutan Hari Ibu anjuran Sabah Kinabalu Pink Ribbon (SKPR) Cawangan Tawau, baru-baru ini.

Cindy Yeoh Siew Lee, 50, sebelum ini merupakan surirumah sepenuh masa, namun kehidupannya berubah 360 darjah selepas kematian suami pada 2019, dan kini terpaksa bekerja sambilan sebagai pencuci rumah untuk menampung kehidupannya sekeluarga.

Advertisement
“Saya adalah seorang surirumah sepenuh masa kerana dua anak lelaki kami iaitu anak pertama, 23, dan ketiga, 15, menghidap autisme dan sindrom down serta memerlukan penjagaan penuh, manakala, suami bekerja sebagai penyelia kem sebelum meninggal dunia akibat masalah jantung.

Katanya, dia memilih pekerjaan sebagai pencuci rumah sambilan dengan bayaran RM50 setiap sesi selama tiga jam dengan bekerja empat kali seminggu kerana pengurusan masa lebih fleksibel, sekaligus membolehkannya membawa anak-anak bersama ketika bekerja.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here