Kota Kinabalu: Borneo Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo) membantah cadangan melonggarkan syarat permohonan MyKas bagi individu tanpa kewarganegaraan kerana dikhuatiri boleh mengulangi skandal “Projek IC” dan menjejaskan integriti demografi Sabah.
Pengerusinya, Daniel John Jambun, menyifatkan cadangan itu sebagai langkah berisiko tinggi yang boleh mencetuskan semula kontroversi imigresen berpanjangan di negeri ini.
Beliau berkata Sabah sudah lama berdepan kegagalan institusi berkaitan isu dokumentasi dan sebarang usaha melonggarkan syarat pengesahan identiti hanya akan memburukkan keadaan.
“Sabah sudah cukup menanggung kegagalan institusi dan sebarang langkah menurunkan piawaian dokumentasi identiti akan menghidupkan semula kontroversi imigresen yang masih belum selesai sejak beberapa dekad lalu,” katanya dalam kenyataan.
Advertisement





