Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata daripada tujuh ekor anjing yang ditangkap pada Februari, tiga ekor masing-masing ditangkap di sekitar Taman Delima dan Taman Terawi.
“Manakala seekor lagi ditangkap di hadapan sebuah rumah berhampiran kawasan Cyber City,” katanya lagi.
Advertisement
Advertisement
“Anggota kami diberi kuasa untuk menangkap mana-mana anjing yang didapati berkeliaran tanpa pengawasan. Anjing yang memakai tag akan ditahan dan pemiliknya diberikan tempoh tertentu untuk menuntut semula haiwan peliharaan mereka,” katanya.
Jurucakap itu menyatakan pembayar cukai taksiran perlu menjelaskan kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Pendaftaran dan Kawalan Anjing 1987 sebelum haiwan peliharaan boleh dipulangkan.
Beliau berkata individu yang melanggar peraturan boleh dikenakan kompaun sehingga RM100 di bawah undang-undang kecil tersebut.
Pesalah berulang pula boleh dibawa ke mahkamah, katanya.
“Jika didapati bersalah mereka berdepan denda sehingga RM5,000. Bagi kesalahan berterusan, denda tambahan RM200 sehari boleh dikenakan sepanjang tempoh kesalahan itu berterusan,” tegasnya.
Jurucakap itu berkata setiap pembayar cukai kediaman perlu mematuhi had maksimum dua ekor anjing yang ditetapkan pihak Majlis.
“Anjing peliharaan juga mesti didaftarkan dengan pihak kami. Selain itu, pemilik perlu memastikan haiwan mereka telah divaksin dan tidak menjadi gangguan awam,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa gangguan awam termasuk membiarkan anjing berkeliaran di kawasan umum tanpa pemantauan sehingga menimbulkan masalah kepada orang awam.
“Anjing-anjing ini boleh mengejar kenderaan atau pejalan kaki yang melalui kawasan mereka. Mereka juga mungkin menumpahkan tong sampah ketika mencari makanan atau membuang najis di jalan dan kawasan tepi jalan di kawasan tersebut.
“Aksi anjing-anjing ini akan menimbulkan kesulitan kepada mereka yang tinggal dan bekerja di kawasan berkenaan,” ujarnya.
Beliau berkata anggota AVU telah memasang notis di beberapa kawasan kejiranan bagi menghalang pembayar cukai daripada melepaskan anjing peliharaan mereka di kawasan awam.
Jurucakap itu turut menyeru pemilik anjing supaya mengambil tindakan apabila haiwan peliharaan mereka mula menyalak agar bunyi bising itu tidak berterusan dan mengganggu jiran sekitar.






