Sat, 6 Jun 2026
Headlines:
Tongod bakal lalui pertumbuhan besar: Rancangan bandar baharu milenium seluas 1,000 ekar
Published on: Thursday, June 04, 2026
Published on: Thu, Jun 04, 2026
Text Size:
Text:
Tongod bakal lalui pertumbuhan besar: Rancangan bandar baharu milenium seluas 1,000 ekar
PEMANDANGAN Pekan Tongod.
TONGOD: Daerah ini, yang merupakan antara kawasan termiskin di Malaysia, bakal melalui perubahan besar menerusi rancangan pembangunan sebuah bandar milenium baharu seluas 1,000 ekar berhampiran Pekan Tongod.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut Datuk Masiung Banah (gambar) berkata projek berimpak tinggi itu akan dibangunkan menerusi kerjasama antara sektor swasta dan Kerajaan Negeri susulan pengumuman yang dibuat Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semasa sambutan Kaamatan peringkat daerah Tongod.

Advertisement
Sebelum pengumuman itu, Hajiji dan Masiung menerima taklimat daripada delegasi Corak Nahkoda Sdn Bhd yang diketuai Pengarah Urusan Sabahnya, Robin Lim, mengenai cadangan pembangunan bandar milenium baharu berkenaan.

Masiung berkata sebanyak 200 ekar daripada kawasan seluas 1,000 ekar itu akan diperuntukkan bagi pusat pentadbiran kerajaan yang menempatkan pejabat kerajaan negeri, persekutuan dan agensi berkaitan, berkonsepkan mini Putrajaya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jabatan-jabatan kerajaan yang kini berselerak di seluruh daerah akan disatukan di hab pentadbiran ini yang dilengkapi kemudahan digital dan infrastruktur teknologi maklumat,” katanya.

Cadangan pembangunan itu turut merangkumi deretan bangunan kedai dua hingga empat tingkat, pusat beli-belah, stesen minyak, pasar raya, hotel, hab perindustrian, perumahan mampu milik dan kos sederhana, hospital, sekolah, padang golf serta kemudahan rekreasi awam.

Advertisement
Masiung, yang juga Pengerusi Kumpulan Sedco dan dikenali dengan gelaran “Tatap Kalaga”, berkata Tongod yang digelar “The Heart of Sabah” sedang bersedia memasuki fasa transformasi baharu berimpak tinggi yang akan mengubah wajah daerah berkenaan.

Beliau berkata akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan Corak Nahkoda dan pihak berkepentingan berkaitan bagi memperhalusi cadangan itu sebelum draf perjanjian ditandatangani.

Advertisement
Skop penuh projek berkenaan masih belum dimuktamadkan dengan beberapa komponen tambahan akan dimasukkan berdasarkan keperluan ekonomi penduduk setempat.

Projek pembangunan bercampur itu disasarkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan membuka prospek perniagaan kepada penduduk, sekali gus menangani status Tongod sebagai antara 10 daerah termiskin di Malaysia.

“Apabila direalisasikan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang, bandar milenium baharu ini dijangka menamatkan status Tongod sebagai daerah termiskin di negara ini,” kata Masiung sambil menyifatkan projek itu sebagai transformasi moden yang dapat merapatkan jurang pembangunan di kawasan pedalaman Pantai Timur Sabah.

Terdahulu dalam lawatan yang sama, Hajiji turut merasmikan bangunan Mahkamah Anak Negeri Tongod sebelum menghadiri pelancaran Pesta Kaamatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here