Tue, 9 Jun 2026
Headlines:
Pekerja asing direman kes keganasan rumah tangga
Published on: Sunday, June 07, 2026
Published on: Sun, Jun 07, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Pekerja asing direman kes keganasan rumah tangga
Menurut polis kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 326A Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan mencederakan pasangan.
Seorang pekerja asing lelaki berusia 37 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan polis berhubung kes dakwaan keganasan rumah tangga membabitkan isterinya di kuarters pekerja di Kampung Bongkud dekat sini.

Perintah reman itu diperoleh mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selepas suspek ditahan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau pada 5 Jun.

Advertisement
Menurut polis kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 326A Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan mencederakan pasangan.

Siasatan bermula selepas seorang suri rumah berusia 44 tahun membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukul oleh suami ketika berlaku pertengkaran di kediaman mereka di penempatan pekerja kilang papan pada malam 4 Jun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam laporan itu wanita berkenaan mendakwa dia ditampar di dagu, dicekik dan ditolak dalam kejadian tersebut selepas berlaku salah faham. 

Wanita terbabit turut mendakwa kejadian sama pernah berlaku sebelum ini dan membuat laporan kerana tidak lagi tahan dengan kelakuan agresif suaminya.

Advertisement
Bertindak atas laporan itu sepasukan polis yang diketuai pegawai penyiasat menahan suspek di kuarters pekerja pada 5 Jun jam 5.34 petang.

Suspek yang merupakan warganegara Indonesia kini ditahan di lokap IPD Ranau bagi membantu siasatan lanjut.

Advertisement
Menurut buku siasatan polis sedang menjalankan siasatan termasuk merakam keterangan suspek dan saksi, mengambil gambar serta cap jari dan mengumpul bukti tambahan berkaitan kes berkenaan.

Wanita itu juga memaklumkan kepada penyiasat bahawa dia takut untuk kembali ke rumah kerana bimbang terhadap keselamatannya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here