Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
UMS lancar Program Teater dengan Tarian baharu
Published on: Tuesday, June 09, 2026
Published on: Tue, Jun 09, 2026
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
UMS lancar Program Teater dengan Tarian baharu
UMS Profesor Datuk Dr Rossita Shapawi.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Program Teater dengan Tarian yang baharu bagi memperkukuh latihan khusus dalam bidang seni persembahan di samping memenuhi keperluan pendidikan serta industri yang sentiasa berkembang.

Program itu diumumkan sempena Mahakarya 2026, pameran tahunan anjuran Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) yang turut mempamerkan projek tahun akhir pelajar sebagai bukti penerapan penyelidikan artistik, pemikiran kritis dan amalan kreatif.

Advertisement
Dekan ASTiF Profesor Madya Dr Zairul Anwar Md Dawam berkata program berkenaan diperkenalkan menerusi penambahbaikan struktur akademik fakulti bagi memperkukuh fokus pengajian dalam bidang teater dan tarian selaras dengan piawaian kualiti yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Langkah ini bertujuan memastikan fokus akademik yang lebih jelas, pembangunan kepakaran yang lebih mendalam serta pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut beliau penggabungan bidang teater dan tarian membolehkan pelajar membangunkan bukan sahaja kemahiran persembahan malah kepekaan emosi, disiplin, keyakinan diri serta keberanian untuk menyuarakan idea.

Sementara itu Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata Mahakarya 2026 menjadi platform penting bagi pelajar mempamerkan keupayaan menghubungkan ilmu akademik dengan realiti masyarakat serta industri kreatif kontemporari.

Advertisement
“Setiap karya yang dipersembahkan bukan sekadar hasil bakat semula jadi tetapi dibentuk melalui proses pembelajaran, latihan, penyelidikan dan pemikiran kritis yang panjang,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS Profesor Datuk Dr Rossita Shapawi pada majlis perasmian yang diadakan baru-baru ini di Teateret Ahmad Nisfu, ASTiF.

Advertisement
Kasim berkata pameran itu bukan sekadar memaparkan projek tahun akhir sebaliknya menjadi platform untuk menguji ilmu, meneroka seni dan mengaplikasikan penyelidikan kreatif yang diperoleh sepanjang pengajian di universiti.

Beliau turut menegaskan bahawa seni bukan sekadar medium hiburan atau luahan emosi tetapi merupakan bahasa tamadun yang mencerminkan identiti, nilai dan pemikiran sesebuah masyarakat.

“Seni mengajar manusia melihat melangkaui apa yang kelihatan, mendengar melebihi apa yang diucapkan serta memahami kehidupan daripada perspektif kemanusiaan yang lebih luas.

“Sesebuah negara bukan sahaja dikenang melalui pembangunan fizikal atau kekuatan ekonominya tetapi juga melalui karya seni dan budaya yang diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya.

Mahakarya 2026 yang berlangsung di Teateret Ahmad Nisfu, ASTiF, dihadiri barisan pengurusan universiti, warga akademik, pelajar serta tetamu jemputan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here