Fri, 15 May 2026
Headlines:
Sembilan pakej kerja Pan Borneo Fasa 1A siap tahun ini
Published on: Thursday, May 14, 2026
Published on: Thu, May 14, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sembilan pakej kerja Pan Borneo Fasa 1A siap tahun ini
Kota Kinabalu: Sembilan pakej kerja (PK) di bawah Fasa 1A Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan disiapkan sepenuhnya dan dibuka kepada pengguna pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata PK berkenaan melibatkan PK1 (Sindumin ke Kampung Melalia), PK3 (Beaufort ke Bongawan), PK4 (Bongawan ke Papar), PK7 (Inanam ke Sepanggar), PK8 (Sepanggar ke Berungis), PK10 (Pituru ke Rampayan Laut), PK11 (Kampung Maya ke Baungon), PK29 (Moynod ke Sapi Nangoh), dan PK30 (Sapi Nangoh ke Telupid).

Advertisement
“Seperti yang kita tahu, sebelum ini sebanyak empat daripada 15 PK Fasa 1A menerusi pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah disiapkan sepenuhnya secara berperingkat sejak 2023 hingga 2025 dan sembilan lagi PK yang bakal disiapkan pada tahun ini … sudah tentu perkara ini menjadi berita baik kepada rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pejabat Jabatan Kerja Raya Sabah di Wisma Pan Borneo, Putatan, di sini, Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1 melibatkan 35 pakej kerja dengan jajaran keseluruhan sepanjang 706 kilometer (km) dari Sindumin ke Tawau, yang dibahagikan kepada dua komponen utama, iaitu Fasa 1A dan Fasa 1B bagi memperkemas pelaksanaan pembinaan serta pembiayaannya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata empat lagi PK dijangka disiapkan pada tahun hadapan, iaitu PK2 (Kampung Melalia ke Beaufort), PK12 (Sarang ke Temuno), PK19 (IGN Estate ke Agri Harvest) dan PK28 (Batu 32 Sandakan ke Moynod).

Advertisement
“Kita juga jangkakan ada 12 PK yang akan siap pada 2028, tiga lagi PK dijangka siap pada 2029 dan akhirnya tiga pakej terakhir dijadualkan selesai menjelang 2030.

Oleh itu, harapan saya selaku Timbalan Menteri adalah yang kita boleh pantaskan pembinaannya kita akan segerakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat sebelum ini,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata dua PK bakal dibuka kepada pengguna bermula Julai ini, iaitu jajaran Putatan dan Manggatal tanpa melalui Kota Kinabalu.

“Laluan ini akan mengurangkan kesesakan dan kepada pengguna yang tidak mempunyai urusan atau tidak mahu singgah ke Kota Kinabalu diminta menggunakan laluan berkenaan untuk melancarkan perjalanan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here