Tue, 19 May 2026
Headlines:
Bangunan kedai musnah dalam kebakaran di Semporna
Published on: Sunday, May 17, 2026
Published on: Sun, May 17, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Bangunan kedai musnah dalam kebakaran di Semporna
Anggota bomba memadam kebakaran kedai di Semporna.
SEMPORNA: Sebuah bangunan kedai dua tingkat berhampiran stesen minyak di Batu 1/4 Jalan Bubul musnah dalam kebakaran awal pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Balai Bomba dan Penyelamat daerah Rastam Keladi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.06 pagi.

Advertisement
Seramai lapan anggota bomba dikerahkan ke lokasi menggunakan sebuah jentera bomba. Operasi turut dibantu oleh BBP Atas Air Semporna.

“Sebaik tiba di lokasi pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah kedai berukuran 30x50 kaki persegi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pasukan memadam kebakaran menggunakan aliran hos sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air daripada jentera bomba dan pili bomba berhampiran,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.04 pagi dan dipadam sepenuhnya pada jam 7.19 pagi. 

Advertisement
Premis berkenaan musnah 95 peratus dalam kebakaran berkenaan.

Operasi ditamatkan selepas pasukan memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here