Thu, 7 May 2026
Headlines:
Sandakanfm kekal platform penyampaian maklumat terkini
Published on: Tuesday, May 05, 2026
Published on: Tue, May 05, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Sandakanfm kekal platform penyampaian maklumat terkini
ANNA Bell (tiga dari kanan), Lin Wunfu (dua dari kanan) dan Badran (kiri) pada acara memotong kek sebagai simbolik perasmian acara itu.
SANDAKANFM antara stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) dilihat terus memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat sahih dan terkini.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Anna Bell @ Suzieanah berkata Sandakanfm juga begitu dekat di hati pendengar dengan segmen rancangan yang turut memartabatkan budaya, bahasa dan bakat tempatan di daerah Sandakan.

Advertisement
“Ia juga menyampaikan dasar kerajaan serta informasi semasa kepada umum.

“Selain itu Sandakanfm juga membantu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat melalui program yang ada,” katanya ketika ditemui sempena showcase sambutan ulang tahun Sandakanfm Ke-40 yang berlangsung di pentas terbuka Pasaraya Mydin pada Sabtu. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Antara pengisian showcase berkenaan termasuklah persembahan showcase artis Sandakanfm antaranya Syima Syifa, Hafiz Benjamin dan Dewi Masita selain Chris Aban dan Azry Sabry serta persembahan tarian modern dancers.

Kuiz bersama penonton yang hadir juga diadakan selain acara memotong kek ulang tahun serta tayangan montaj ucapan  Pengarah Penyiaran Sabah Mohd Yusni Muhammed Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Rancangan Radio Atika Matbee dan Pengurus Sandakanfm yang terdahulu. 

Advertisement
Majlis terbabit diacarakan dua juruhebah radio terbabit iaitu Dj Diddy dan Dj Anita.

Turut hadir Pengurus Penyiaran Sandakan (Sandakanfm) Lin Winfu Silas, Ketua Bahagian Kejuruteraan radio itu Badran Durasik dan Ketua Bahagian Rancangan Sandakanfm Iswadiman Shamsudin.

Advertisement
Dalam pada itu Asnita yang juga penerbit showcase Sandakanfm 40 tahun itu merakam penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan acara itu serta sokongan daripada pendengar Sandakanfm sejak dahulu hingga kini. 

Jelasnya showcase itu juga diadakan sebagai menghargai pendengar yang sentiasa menyokong apa sahaja rancangan yang diterbitkan stesen radio itu. 

Stesen radio Sandakanfm boleh didengari menerusi frekuensi 90.1 MHz bagi kawasan Sandakan dan terdekat selain boleh juga didengari menerusi aplikasi RTM Klik.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here